TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

"Kenangan di Sungai Buloh": Anwar imbau detik duka bertemu keluarga di sebalik tirai besi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 22 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali lipatan sejarah penderitaan beliau sewaktu berada dalam tahanan Penjara Sungai Buloh menerusi satu hantaran emosi di akaun Facebook rasminya tengah malam tadi.

Menerusi perkongsian berkenaan, Anwar memuat naik sekeping foto lama yang memaparkan beliau memegang gagang telefon di sebalik penghadang kaca serta jeriji besi sewaktu menerima kunjungan ahli keluarganya.

Beliau menyifatkan detik perit yang dilaluinya suatu ketika dahulu sebagai momen yang akan terus kekal terpahat dalam ingatannya sepanjang hayat.

Meskipun Perdana Menteri tidak mendedahkan tarikh khusus gambar berkenaan dirakam, hantaran terbabit meraih perhatian meluas warga maya sehingga mencatatkan lebih 26,000 tanda suka dalam tempoh singkat.

Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani pelbagai reaksi emosi daripada pengguna media sosial yang rata-rata melahirkan rasa kagum terhadap kecekalan perjalanan hidup beliau dari seorang banduan politik sehingga diangkat menjadi ketua pentadbiran negara.

Keberanian dan ketabahan Anwar yang disifatkan mirip ikhtiar perjuangan tokoh-tokoh besar sejarah turut mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan untuk menerajui pimpinan negara demi kesejahteraan rakyat.

+ - reset