Berita Berita
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
SHAH ALAM 22 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha memerangi rasuah bukan sesuatu yang mudah apabila masih terdapat kelompok masyarakat yang menyokong, malah berbangga dengan individu yang terbabit dengan rasuah.
Beliau berkata, meskipun rakyat secara umumnya mahu rasuah dibanteras, realitinya masih ada pihak yang terus menunjukkan sokongan terhadap mereka yang dikaitkan dengan amalan berkenaan.
“Ini rakyat kita, banteras rasuah. Tapi yang menyokong rasuah pun ramai. Yang bangga dengan perasuah pun ramai. Yang akan cium tangan perasuah pun okey.
“Jadi tanggungjawab kita cuma beri kesedaran dan pencerahan. Ia tidak mudah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis Bersama di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), di sini semalam.
Anwar berkata, perubahan memerlukan kesedaran masyarakat selain perlu dilaksanakan dengan strategi, kebijaksanaan dan hikmah.
Mengambil contoh perkembangan politik di Eropah Timur, beliau merujuk pengalaman bekas Presiden Poland, Lech Walesa yang pernah memperoleh sokongan besar sebelum berdepan kekalahan selepas satu penggal memimpin negara itu.
“Lihat umpamanya di Eropah Timur. Setelah berlakunya reformasi, Lech Walesa di Poland menang sebagai seorang presiden dengan undi tertinggi.
“Satu penggal, lakukan perubahan. Tidak dengan strategi dan hikmah dan kebijaksanaan, kalah dalam pertandingan dengan undi yang paling tercorot,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan persoalan utama dalam membawa perubahan bukan semata-mata mengenai kemenangan atau kekalahan dalam politik.
“Jadi isunya bukan untuk menang atau kalah, tetapi menang,” katanya.
Menurut beliau, usaha melakukan perubahan turut berdepan tentangan daripada kelompok yang masih mahu mempertahankan budaya lama termasuk amalan rasuah.
“Di satu pihak menentang perubahan, mempertahankan rasuah, senang dan bangga dengan budaya lama yang bobrok,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata terdapat pihak yang mahukan perubahan dilakukan segera dan mengambil pendekatan keras dalam menentang rasuah.
Anwar menegaskan tuntutan terhadap perubahan perlu disertai kebijaksanaan dan hikmah supaya usaha itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Kalau menuntut perubahan itu, kebijaksanaan untuk menjalankan dengan hikmah, bukan membujur lalu melintang patah,” katanya.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 12:38 pm
Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu bagi tempoh tiga tahun
September 22, 2026, 10:37 am
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:57 am
Pesakit strok hanya ingat nama ‘Thambirajan’, HKL cari waris selepas ditinggalkan lebih sebulan
September 22, 2026, 9:51 am
"Kenangan di Sungai Buloh": Anwar imbau detik duka bertemu keluarga di sebalik tirai besi
September 22, 2026, 9:45 am
Penumpang pitam sebelum jatuh ke landasan di Stesen LRT Wangsa Maju
September 22, 2026, 9:20 am
Jerebu makin buruk: 16 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara
September 22, 2026, 9:15 am
