Berita Berita
Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu bagi tempoh tiga tahun
MELAKA, 22 Sept. – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu bagi tempoh perkhidmatan selama tiga tahun.
Pelantikan berprestij terbabit berkuat kuasa mulai 16 September lalu selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bagi menggantikan Datuk Husaini Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Pihak pengurusan UTeM dalam satu kenyataan rasmi menyatakan keyakinan penuh bahawa pengalaman luas serta ketokohan kepimpinan yang dimiliki oleh Ayob Khan mampu memperkukuh tadbir urus dan hala tuju strategik universiti secara mampan.
Pengurusan universiti berkenaan turut percaya kredibiliti serta pengurusan strategik tahap tinggi yang dibawakan oleh beliau bakal memandu Lembaga Pengarah UTeM dalam mendepani cabaran landedan pendidikan tinggi pada masa hadapan.
Untuk rekod, Ayob Khan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai trek rekod cemerlang selama hampir 35 tahun dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sepanjang perkhidmatannya dalam pasukan keselamatan, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting merangkumi Ketua Polis Johor pada 2020 hingga 2022, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Kemuncak kerjaya beliau menyaksikan pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada tahun 2023 sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan sang saka biru pada Julai lalu.
Dalam kenyataan yang sama, UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Husaini atas segala jasa, komitmen, serta sumbangan bakti beliau sepanjang menerajui universiti berkenaan.
Pelantikan Ayob Khan dijangka memberikan dimensi serta suntikan baharu kepada kepimpinan UTeM, khususnya dalam memperkemas jaringan strategik dan memacu peranan universiti sebagai pemacu utama pendidikan teknikal negara.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 11:26 am
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
September 22, 2026, 10:37 am
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:57 am
