Berita Berita
Pesakit strok hanya ingat nama ‘Thambirajan’, HKL cari waris selepas ditinggalkan lebih sebulan
KUALA LUMPUR 22 Sept – Hospital Kuala Lumpur (HKL) meminta bantuan orang ramai mengesan waris seorang pesakit strok yang sehingga kini gagal dikenal pasti identitinya selepas lebih sebulan menerima rawatan di hospital berkenaan.
Pesakit terbabit dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL pada 17 Ogos lalu tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.
Menurut HKL, keadaan pesakit menyebabkan beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Siasatan yang dijalankan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL juga gagal memperoleh maklumat lengkap mengenai identiti pesakit berkenaan.
“Pesakit ini hanya menyatakan nama gelaran yang digunakan sebagai ‘Thambirajan’,” kata HKL dalam kenyataan hari ini.
Dalam usaha mengenal pasti identitinya, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL telah merujuk pesakit berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Bagaimanapun, semakan mendapati maklumat pesakit itu tidak sepadan dengan mana-mana rekod dalam simpanan JPN.
Sehubungan itu, HKL meminta ahli keluarga, kenalan atau mana-mana individu yang mengenali pesakit berkenaan supaya tampil dan menghubungi pihak hospital dengan segera.
Kerjasama itu diperlukan bagi membolehkan perbincangan lanjut dilakukan berhubung urusan rawatan serta penjagaan pesakit terbabit.
Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai pesakit berkenaan boleh disalurkan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL di talian 03-2615 5959.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 12:38 pm
Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu bagi tempoh tiga tahun
September 22, 2026, 11:26 am
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
September 22, 2026, 10:37 am
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:51 am
"Kenangan di Sungai Buloh": Anwar imbau detik duka bertemu keluarga di sebalik tirai besi
September 22, 2026, 9:45 am
Penumpang pitam sebelum jatuh ke landasan di Stesen LRT Wangsa Maju
September 22, 2026, 9:20 am
Jerebu makin buruk: 16 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara
September 22, 2026, 9:15 am
