Berita Berita
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
MELAKA 22 Sept – Spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin kuat apabila kesemua 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dilaporkan dipanggil menghadiri pertemuan di Seri Negeri, petang ini.
Menurut sumber , Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran DUN Melaka dalam sidang media sekitar jam 3 petang bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengumuman itu dijangka dibuat selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada jam 12 tengah hari, disusuli Mesyuarat Post-Exco pada jam 2 petang.
Sumber turut memaklumkan bahawa surat pembubaran DUN telah ditandatangani Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara berkenaan.
Petunjuk mengenai kemungkinan DUN Melaka dibubarkan semakin ketara apabila Mesyuarat Exco yang lazimnya berlangsung pada Rabu dipercepatkan kepada Selasa, hari ini.
Selain itu, sumber berkata surat jemputan kepada kesemua 21 ADUN BN untuk hadir di Seri Negeri pada jam 2.30 petang ini sudah diedarkan sejak malam tadi.
“Surat kepada semua 21 ADUN BN sudah diedarkan malam tadi.
“Pejabat Ketua Menteri pula dijangka akan mengedarkan surat jemputan kepada media tengah hari ini sebagai persediaan menghadiri sidang media oleh Ab Rauf petang nanti,” katanya.
Menurut sumber, perubahan jadual Mesyuarat Exco daripada Rabu kepada Selasa turut dilihat sebagai antara petanda luar biasa yang menguatkan kemungkinan pembubaran DUN berkuat kuasa esok.
DUN Melaka mempunyai keseluruhan 28 kerusi dengan BN menguasai 21 kerusi.
Mandat kerajaan negeri ketika ini pula dijadualkan berakhir pada Disember ini.
Sumber: MalaysiaGazette
Berita berkaitan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 12:38 pm
Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu bagi tempoh tiga tahun
September 22, 2026, 11:26 am
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:57 am
Pesakit strok hanya ingat nama ‘Thambirajan’, HKL cari waris selepas ditinggalkan lebih sebulan
September 22, 2026, 9:51 am
"Kenangan di Sungai Buloh": Anwar imbau detik duka bertemu keluarga di sebalik tirai besi
September 22, 2026, 9:45 am
Penumpang pitam sebelum jatuh ke landasan di Stesen LRT Wangsa Maju
September 22, 2026, 9:20 am
Jerebu makin buruk: 16 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara
September 22, 2026, 9:15 am
