Berita Berita
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 22 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tidak pernah menerima titah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan polemik yang berlaku di negeri itu.
Presiden UMNO itu berkata, beliau dan Ismail sebaliknya hanya mengetahui perkembangan berkaitan perkara berkenaan menerusi laporan media.
“Saya dan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak pernah dititah untuk menghadap dan kami hanya mengetahui daripada media sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti 2026 (URIIS 2026) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan susulan perkembangan terbaharu membabitkan pentadbiran kerajaan negeri.
Pertemuan berkenaan berlangsung hampir sejam, namun tiada maklumat lanjut mengenai hasil pertemuan itu diumumkan.
Terdahulu, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas baginda mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Bagaimanapun, Ismail sebelum ini berkata, kesemua 10 Ahli MMKN Negeri Sembilan masih sah untuk terus menjalankan tugas dan tiada keperluan untuk mengemukakan senarai pelantikan baharu.
Beliau menjelaskan pendirian itu berdasarkan tafsiran perundangan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya berkaitan kuasa eksekutif dan kedudukan Exco.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:38 pm
Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu bagi tempoh tiga tahun
September 22, 2026, 11:26 am
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
September 22, 2026, 10:37 am
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:57 am
