TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Op Pedo Bersepadu 3.0: 53 individu termasuk lapan kanak-kanak ditahan, lebih 500,000 bahan seksual kanak-kanak dirampas

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 22 Sept. – PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menahan seramai 53 individu termasuk lapan kanak-kanak dalam tindakan susulan Op Pedo Bersepadu 3.0 yang dilancarkan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar mengesahkan bahawa kesemua suspek yang ditahan merangkumi 51 lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 13 hingga 56 tahun.

Operasi khas berprofil tinggi selama tiga hari yang dijalankan bermula 14 hingga 16 September lalu mensasarkan seramai 92 individu merentasi 14 kontinjen polis di seluruh negara.

Beliau menjelaskan dalam satu sidang media hari ini bahawa sebanyak 52 serbuan membawa kepada penangkapan, manakala satu lagi tangkapan susulan menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan seramai 53 orang.

Antara suspek yang berjaya ditahan dalam operasi gergasi berkenaan termasuk seorang guru lelaki berusia 24 tahun di Pahang serta seorang pembantu makmal berumur 44 tahun di Terengganu, manakala suspek tertua dan termuda masing-masing berusia 56 tahun dan 13 tahun.

Menerusi serbuan tersebut, pihak berkuasa merampas sebanyak 95 barangan kes merangkumi 90 peranti digital seperti telefon bimbit, komputer, komputer pekena, tablet, pemacu simpanan, dan penghala talian (router) serta lima alat mainan seks.

Hasil pemeriksaan awal ke atas peranti yang disita membongkarkan penemuan mengejutkan sebanyak 653,193 fail digital, di mana 540,127 daripadanya merupakan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) manakala 113,066 lagi adalah fail pornografi dewasa.

+ - reset