Berita Berita
‘Hari bersejarah untuk saya’ – Jofliam dapat hak penjagaan penuh Han, Yuki
KUALA LUMPUR 22 Sept – Selepas kemelut hak penjagaan anak yang berlarutan, usahawan dan pempengaruh Jofliam memaklumkan mahkamah memuktamadkan hak penjagaan penuh dua anak kandungnya, Han, 11, dan Yuki, 7, kepada dirinya.
Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, 38, berkongsi perkembangan itu menerusi hantaran di media sosial selepas sebutan kes hadanah berkenaan berlangsung di sebuah mahkamah syariah.
"Allahukbar. Pada hari ini, mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua-dua anak kandung saya, Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya.
"Pihak-pihak telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komital terhadap saya," katanya.
Menyifatkan keputusan berkenaan sebagai hari bersejarah buat dirinya, Jofliam berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang hak hadanah penuh terhadap kedua-dua anaknya dengan sebaik mungkin.
Pada masa sama, dia memberi jaminan akan terus bersikap fleksibel dan bertoleransi dalam segala urusan membabitkan Han dan Yuki.
“Hari bersejarah untuk saya.
"Sebagai pemegang hak hadanah penuh kepada kedua-dua anak saya, saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.
"Saya akan bersikap fleksibel dan bertoleransi demi anak-anak. Terima kasih ya Allah," katanya.
Dalam pada itu, Jofliam turut memohon maaf berhubung kemelut peribadinya yang sebelum ini menjadi perhatian umum.
Katanya, dia kini mahu menumpukan perhatian kepada usaha mencari rezeki demi keluarganya.
"Saya juga memohon maaf atas kekusutan yang telah berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak.
"Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baharu saya.
"Terima kasih semua yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik," katanya.
Isu hak penjagaan Han dan Yuki sebelum ini berlarutan susulan perpisahan Jofliam dengan bekas isterinya yang juga pempengaruh, Cik Epal atau Murni Mahmud selepas 10 tahun bersama.
Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum sah bercerai pada 9 Oktober 2024.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 3:08 pm
Teka-teki terjawab, Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok buka laluan PRN
September 22, 2026, 2:55 pm
Rezeki di Festival Mega iLINDUNGu, 523 pencari kerja dapat kerja dengan gaji hingga RM5,000
September 22, 2026, 2:06 pm
Ops Kesan 2.0: ‘Tak tahu wajib mencarum’ alasan basi majikan, PERKESO keluar 25,011 kompaun RM15 juta
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 12:38 pm
