Berita Viral
Lelaki warga asing jadi prebet sapu, 'roadtax' kereta tamat sejak 2024
KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER - Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing memandu sebuah kenderaan peribadi dan disyaki menjalankan perkhidmatan pengangkutan haram atau prebet sapu.
Menerusi perkongsian yang dikongsi oleh mrloco_official, perakam video dilihat menegur pemandu warga asing itu kerana membawa penumpang tempatan tanpa sebarang lesen perkhidmatan awam yang sah.
Lebih mengejutkan, pemeriksaan pada cermin hadapan kenderaan jenis Toyota yang dinaiki lelaki berkenaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (Roadtax) kereta itu telah tamat tempoh sejak 2024.
Perakam video bertindak merakam nombor pendaftaran kenderaan JMX 9685 serta muka penumpang yang berada di dalam kereta berkenaan bagi dijadikan bahan bukti.
Pemandu warga asing yang memakai baju berwarna hijau itu dilihat cuba mempertahankan dirinya dan menafikan tuduhan tersebut sewaktu disoal oleh perakam.
Insiden itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet yang mempersoalkan keberanian warga asing melanggar undang-undang jalan raya serta mengendalikan perkhidmatan awam tanpa permit di negara ini.
Setakat ini, lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan orang ramai menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 2:44 pm
Tular 'jogging' bawa anjing, Radzi Jidin dah maklum pada PPj untuk tindakan
September 22, 2026, 11:49 am
Budak tahan sakit kena rotan dipercayai dipaksa jual kacang di Johor
September 22, 2026, 9:47 am
Pemandu lori buat 'auto pilot' manual untuk capai barang di belakang tempat duduk
September 21, 2026, 4:03 pm
Warga asing duduk luar negara dakwa orang Malaysia paling rasis
September 21, 2026, 2:29 pm
Aktivis kena marah lepas dedah warga asing sambut majlis kahwin guna BMW
September 21, 2026, 1:23 pm
Bapa buntu cari RM70,000 dalam masa 10 hari demi selesaikan kes 'maid' aniaya anak
September 21, 2026, 9:54 am
'Bila nak selesai masalah' - Netizen persoal kereta peronda 'escort' pencuri kabel di kawasan rumah
September 20, 2026, 9:51 am
Hutan dua ekar terbakar didakwa punca upacara keagamaan?
September 19, 2026, 7:41 pm
