Berita Berita
Teka-teki terjawab, Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok buka laluan PRN
MELAKA 22 Sept – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa esok, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu hari ini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan teka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN Melaka yang menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu.
Ab Rauf berkata, pembubaran yang berkuat kuasa pada 23 September itu dibuat berdasarkan Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Melaka 1957.
“Saya telah menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka dan seterusnya memohon perkenan untuk pembubaran DUN Melaka.
“Sukacita saya maklumkan Tun Mohd Ali perkenan bagi DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok 23 September 2026,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Susulan pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang termasuk berkaitan writ pilihan raya, penamaan calon dan hari pengundian.
Untuk rekod, DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini dijadualkan berakhir pada 31 Disember sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 4:26 pm
Pendidikan kekal jadi keutamaan, SK Batu Anam terima RM100,000 bangunkan bilik darjah digital - Yuneswaran
September 22, 2026, 2:55 pm
Rezeki di Festival Mega iLINDUNGu, 523 pencari kerja dapat kerja dengan gaji hingga RM5,000
September 22, 2026, 2:30 pm
‘Hari bersejarah untuk saya’ – Jofliam dapat hak penjagaan penuh Han, Yuki
September 22, 2026, 2:06 pm
Ops Kesan 2.0: ‘Tak tahu wajib mencarum’ alasan basi majikan, PERKESO keluar 25,011 kompaun RM15 juta
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:41 pm
