Berita Berita
Rezeki di Festival Mega iLINDUNGu, 523 pencari kerja dapat kerja dengan gaji hingga RM5,000
KUALA LUMPUR 22 Sept – Seramai 523 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan dan melepasi saringan temu duga dengan tawaran gaji dianggarkan sehingga RM5,000 menerusi Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs sempena Festival Mega iLINDUNGu: KESUMA Bersama Rakyat di Strand Mall, hujung minggu lalu.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkata, pencapaian itu selari dengan agenda kerajaan untuk memperkukuh pasaran buruh negara dengan memastikan pertumbuhan peluang pekerjaan disokong sistem padanan tenaga kerja yang lebih cekap, responsif dan dinamik.
“Ini adalah usaha berterusan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan dan KESUMA menerusi PERKESO untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dan memastikan isu ketidakpadanan antara pencari kerja dengan keperluan industri dapat dikurangkan.
“Kejayaan ini juga menunjukkan MYFutureJobs memainkan peranan penting dalam memperkukuh padanan pekerjaan, dengan membantu pencari kerja mendapatkan peluang yang selari dengan kemahiran dan keperluan industri,” menurut kenyataan dikeluarkan PERKESO, hari ini.
Festival berkenaan turut menyaksikan beberapa pengumuman berkaitan manfaat kepada pekerja termasuk pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang diumumkan Ramanan pada Sabtu lalu.
Pindaan yang akan berkuat kuasa 1 Oktober ini memperuntukkan peningkatan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
Selain itu, Elaun Bantuan Mobiliti sebanyak RM1,000 secara sekali bayar turut disalurkan bagi mempermudah peralihan kerjaya, manakala Fi Latihan dinaikkan kepada maksimum RM7,000 dan elaun latihan menjadi RM30 sehari.
Dalam usaha memperluas perlindungan sosial kepada penggerak sektor gig, penyedia perkhidmatan Foodpanda, Grab Malaysia dan HALO Delivery turut mengumumkan tajaan bagi membiayai caruman PERKESO dengan nilai keseluruhan melebihi RM1.5 juta.
Dalam pada itu, PERKESO berkata, manfaat festival berkenaan turut dinikmati golongan majikan apabila Bahagian Caruman dan Penguatkuasaan merekodkan urusan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) bernilai RM1.02 juta sepanjang Sabtu dan Ahad.
Daripada jumlah berkenaan, diskaun FCLB pada kadar 80 peratus kepada majikan yang layak berjumlah RM818,238.
“Sepanjang tiga hari penganjuran, sebanyak 2,654 majikan mendapatkan perkhidmatan di Bahagian Caruman dan Penguatkuasaan, termasuk urusan FCLB melibatkan 748 majikan serta pelbagai urusan berkaitan PERKESO.
“Kaunter perlindungan sosial seperti LINDUNG Kendiri, LINDUNG Kasih dan LINDUNG 24 Jam turut mendapat sambutan menggalakkan sepanjang festival, menunjukkan masyarakat ingin mendapatkan maklumat berkaitan perlindungan sosial disediakan PERKESO.
“Bahkan, festival ini juga mendapat sambutan yang sangat baik, merekodkan kehadiran lebih 45,000 pengunjung sepanjang tiga hari ia berlangsung,” ujarnya.
Menurut PERKESO, kejayaan program itu memperlihatkan pendekatan turun padang mampu membawa perkhidmatan agensi berkenaan lebih dekat kepada masyarakat.
Festival tersebut juga mencerminkan aspirasi KESUMA Bersama Rakyat apabila peluang pekerjaan, perlindungan sosial dan pelbagai perkhidmatan PERKESO dihimpunkan dalam satu platform.
“Ukuran kejayaan kita bukan pada berapa ramai yang hadir, tetapi berapa ramai yang pulang dengan sesuatu yang lebih baik. Ada yang mendapat pekerjaan, ada yang mendapat perlindungan dan ada majikan yang mendapat penyelesaian.
“Rakyat bukan sekadar mahu tahu apa yang kerajaan sediakan, mereka mahu melihat bagaimana ia membantu kehidupan mereka. Inilah makna sebenar KESUMA Bersama Rakyat,” katanya.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 3:08 pm
Teka-teki terjawab, Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok buka laluan PRN
September 22, 2026, 2:30 pm
‘Hari bersejarah untuk saya’ – Jofliam dapat hak penjagaan penuh Han, Yuki
September 22, 2026, 2:06 pm
Ops Kesan 2.0: ‘Tak tahu wajib mencarum’ alasan basi majikan, PERKESO keluar 25,011 kompaun RM15 juta
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 12:38 pm
