Berita Berita
Pendidikan kekal jadi keutamaan, SK Batu Anam terima RM100,000 bangunkan bilik darjah digital - Yuneswaran
SEGAMAT 22 Sept– Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam menerima peruntukan RM100,000 menerusi Program Sekolah Angkat MADANI bagi membangunkan SKEBAT Digital Classroom sebagai ruang pembelajaran berteraskan teknologi untuk murid.
Peruntukan itu diharap dapat menyediakan ruang yang bukan sahaja dilengkapi kemudahan teknologi, malah membolehkan murid meneroka dunia digital, mengembangkan kreativiti serta menguasai kemahiran masa hadapan.
Penyerahan cek cura bernilai RM100,000 kepada sekolah berkenaan disempurnakan pagi tadi.
“Saya mahu ruang ini bukan sekadar lengkap dengan teknologi, tetapi benar-benar menjadi tempat murid belajar, meneroka dunia digital, membina kreativiti dan menguasai kemahiran masa hadapan.”
Kemudahan berkenaan juga diharap dapat dimanfaatkan guru dan murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) berhampiran.
Usaha itu dilihat mampu menjadikan pendidikan sebagai jambatan perpaduan apabila murid daripada pelbagai kaum berpeluang belajar dan berkongsi kemudahan dalam ruang yang sama.
Selain pembangunan SKEBAT Digital Classroom, Kelab Rukun Negara turut dicadangkan untuk ditubuhkan di SK Batu Anam.
Ruang berkenaan juga diharap dapat digunakan bagi melaksanakan aktiviti yang mampu mendekatkan serta meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.
Penghargaan turut diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Johor serta seluruh warga SK Batu Anam yang menjayakan usaha berkenaan.
“RM100,000 ini bukan sekadar peruntukan, tetapi pelaburan untuk melahirkan anak Segamat yang celik teknologi, berilmu, berakhlak dan saling menghormati.”
Berita berkaitan
September 22, 2026, 3:08 pm
Teka-teki terjawab, Ab Rauf umum DUN Melaka bubar esok buka laluan PRN
September 22, 2026, 2:55 pm
Rezeki di Festival Mega iLINDUNGu, 523 pencari kerja dapat kerja dengan gaji hingga RM5,000
September 22, 2026, 2:30 pm
‘Hari bersejarah untuk saya’ – Jofliam dapat hak penjagaan penuh Han, Yuki
September 22, 2026, 2:06 pm
Ops Kesan 2.0: ‘Tak tahu wajib mencarum’ alasan basi majikan, PERKESO keluar 25,011 kompaun RM15 juta
September 22, 2026, 1:47 pm
Baru setahun bekerja, waris dua remaja maut kemalangan bakal terima manfaat LINDUNG 24 Jam lebih RM275,000
September 22, 2026, 1:19 pm
Pertikai tabung bantuan denda Najib tidak wajar, hak individu perlu dihormati
September 22, 2026, 1:01 pm
Wanita warga emas maut dirempuh MPV ketika lintas jalan nak beli sarapan di Yan
September 22, 2026, 12:41 pm
