Berita Berita
‘Mohon kebenaran diperlihatkan’ – PH anjur solat hajat susulan kemelut takhta Negeri Sembilan
SEREMBAN 22 Sept – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan mengadakan solat hajat berjemaah menerusi program Munajat Rakyat Negeri Sembilan, Khamis ini, susulan kemelut membabitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan negeri.
Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan (MPNPHNS) berkata, program berkenaan akan disusuli penganjuran solat hajat di peringkat Parlimen pada minggu-minggu berikutnya.
"Kita memohon kepada Allah SWT supaya segala kekusutan dapat diuraikan, kebenaran diperlihatkan serta Negeri Sembilan terus dipelihara dalam keamanan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, MPNPHNS menyatakan pendirian keras terhadap dakwaan pembabitan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dalam usaha menyingkirkan dan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurutnya, tindakan berkenaan didakwa tidak mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya Perkara 10(1) dan 10(2).
"Perkara ini menjadi lebih serius apabila Menteri Besar Negeri Sembilan melalui surat bertarikh 17 September lalu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memohon supaya penurunan takhta Tuanku Muhriz dan pemilihan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu," katanya.
Susulan itu, MPNPHNS menyifatkan tindakan berkenaan sebagai penderhakaan secara terang-terangan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.
"MPNPHNS memandang perkara ini sebagai suatu penderhakaan yang amat besar terhadap institusi Raja Negeri Sembilan dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu.
"Perkara ini lebih serius apabila ia membabitkan mereka yang memegang amanah dalam pentadbiran kerajaan negeri serta mengangkat sumpah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan institusi Diraja," katanya.
Berita berkaitan
September 23, 2026, 10:40 am
FIFA sahkan Brad Tapp layak wakili Harimau Malaya, ibu berasal dari Pulau Pinang
September 23, 2026, 10:39 am
Perkhidmatan awam digesa laksana pendekatan merentasi agensi bagi tangani isu kesihatan mental
September 23, 2026, 10:31 am
Ganjaran RM1.18 juta diberikan kepada 652 penjawat awam kerana laporkan rasuah
September 23, 2026, 10:17 am
'Orang awam tiada kuasa' - JPJ beri peringatan rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
September 23, 2026, 8:03 am
Perjalanan pulang dari sekolah berakhir tragedi, dua pelajar maut bertembung kereta di Langkawi
September 23, 2026, 7:59 am
AGC sanggah keputusan Ismail, MMKN tiada kuasa gantung SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri
September 23, 2026, 7:52 am
‘Tak pilih hijau dikata tak nak penyatuan, tak pilih merah dikata lupa daratan’ – ADUN Duyong
September 23, 2026, 7:31 am
Air masih mengalir di lokasi tanah runtuh, penghuni pangsapuri Cheras diarah kosongkan rumah
September 22, 2026, 10:17 pm
