Berita Berita
'Orang awam tiada kuasa' - JPJ beri peringatan rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
KUALA TERENGGANU 23 Sept – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri menahan warga asing yang disyaki memandu tanpa lesen kerana tindakan itu boleh membawa implikasi undang-undang.
Peringatan itu dibuat susulan penularan video berdurasi kira-kira seminit yang memaparkan sekumpulan lelaki menahan seorang pelarian Myanmar serta merampas kunci keretanya dalam kejadian yang didakwa berlaku di Terengganu.
Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, orang awam tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk melakukan tindakan penguatkuasaan termasuk menahan individu yang disyaki melakukan kesalahan.
Menurutnya, tindakan sedemikian boleh membawa implikasi perundangan kepada pihak terbabit sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Beliau berkata, pihaknya memahami keprihatinan masyarakat terhadap aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang, namun tindakan penguatkuasaan perlu diserahkan kepada agensi yang mempunyai kuasa.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merakam bukti sekiranya mengesan sebarang kesalahan sebelum membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa dan bukannya mengambil tindakan sendiri.
Katanya, maklumat berkaitan kesalahan di bawah bidang kuasa JPJ boleh disalurkan kepada jabatan itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Zamri berkata demikian selepas menghadiri Forum JPJ-VTAREC 2026 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, di sini, Selasa. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 11:33 am
Dibayar hingga RM1,800 pandu van angkut PATI pergi balik kerja, enam warga asing dicekup Imigresen
September 23, 2026, 11:02 am
Fadhlina Sidek titip pesanan, gesa guru baharu beri masa sesuaikan diri di kawasan penempatan pedalaman
September 23, 2026, 10:56 am
Gangguan sistem brek tren di Stesen Jalan Ipoh punca perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya tergendala
September 23, 2026, 10:40 am
FIFA sahkan Brad Tapp layak wakili Harimau Malaya, ibu berasal dari Pulau Pinang
September 23, 2026, 10:39 am
Perkhidmatan awam digesa laksana pendekatan merentasi agensi bagi tangani isu kesihatan mental
September 23, 2026, 10:31 am
Ganjaran RM1.18 juta diberikan kepada 652 penjawat awam kerana laporkan rasuah
September 23, 2026, 8:03 am
Perjalanan pulang dari sekolah berakhir tragedi, dua pelajar maut bertembung kereta di Langkawi
September 23, 2026, 7:59 am
AGC sanggah keputusan Ismail, MMKN tiada kuasa gantung SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri
September 23, 2026, 7:52 am
