Berita Berita
Perjalanan pulang dari sekolah berakhir tragedi, dua pelajar maut bertembung kereta di Langkawi
LANGKAWI 23 Sept – Perjalanan pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila dua pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Nyior Chabang, di sini, Selasa lalu.
Mangsa dipercayai Muhammad Danial Afiq Barahan dan rakannya, Muhamad Amir Ashraf Muhamad Farid.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.51 petang.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga buah kereta.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah dari arah Simpang Kenyum menghala ke Nyior Chabang.
"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai sedang memotong dua buah kereta dari laluan sama sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang datang dari arah hadapan," katanya.
Akibat impak pelanggaran yang kuat, kedua-dua pelajar berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, ketiga-tiga pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun berada dalam keadaan trauma.
Jasad kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.
Polis turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka supaya tampil bagi membantu siasatan.
Khairul Azhar dalam pada itu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar atas kehilangan anak mereka dalam tragedi berkenaan.
"Rentetan daripada kes ini, kami ingin menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kenderaan digunakan, terutamanya motosikal mempunyai lesen memandu yang sah serta mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.
"Jangan sesekali membiarkan anak-anak menunggang dalam keadaan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Berita berkaitan
September 23, 2026, 10:40 am
FIFA sahkan Brad Tapp layak wakili Harimau Malaya, ibu berasal dari Pulau Pinang
September 23, 2026, 10:39 am
Perkhidmatan awam digesa laksana pendekatan merentasi agensi bagi tangani isu kesihatan mental
September 23, 2026, 10:31 am
Ganjaran RM1.18 juta diberikan kepada 652 penjawat awam kerana laporkan rasuah
September 23, 2026, 10:17 am
'Orang awam tiada kuasa' - JPJ beri peringatan rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
September 23, 2026, 7:59 am
AGC sanggah keputusan Ismail, MMKN tiada kuasa gantung SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri
September 23, 2026, 7:52 am
‘Tak pilih hijau dikata tak nak penyatuan, tak pilih merah dikata lupa daratan’ – ADUN Duyong
September 23, 2026, 7:45 am
‘Mohon kebenaran diperlihatkan’ – PH anjur solat hajat susulan kemelut takhta Negeri Sembilan
September 23, 2026, 7:31 am
Air masih mengalir di lokasi tanah runtuh, penghuni pangsapuri Cheras diarah kosongkan rumah
September 22, 2026, 10:17 pm
