TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

‘Tak pilih hijau dikata tak nak penyatuan, tak pilih merah dikata lupa daratan’ – ADUN Duyong

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 23 Sept - Barisan Nasional (BN) berdepan pilihan sukar dalam menentukan bentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila setiap keputusan yang dibuat tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, apa juga pilihan yang dibuat pasti mengundang pandangan berbeza.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pertimbangan utama dalam membuat keputusan perlu mengambil kira pilihan terbaik demi kepentingan rakyat.

“Kalau tak pilih hijau, dikatakan tak nak penyatuan.

“Kalau tak pilih merah, dikatakan lupa daratan.

“Kalau tak pilih siapa-siapa, dikatakan sombong.

“Hidup ini adalah pilihan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Kenyataan ringkas itu hadir ketika hala tuju kerjasama BN bagi menghadapi PRN Melaka menjadi perhatian.

Rujukan Mohd Noor Helmy terhadap ‘hijau’ dan ‘merah’ turut mencetuskan perhatian mengenai bentuk kerjasama yang bakal dipilih BN menjelang pilihan raya negeri berkenaan.

Perkembangan politik Melaka kini memasuki fasa baharu susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membuka laluan kepada PRN.

+ - reset