Berita Berita
Faktor keselamatan, pertemuan MB, Exco dengan Tuanku Nadzaruddin dibatalkan
SEREMBAN 23 Sept – Pertemuan dan sesi suai kenal antara Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dijadualkan hari ini, dibatalkan atas faktor keselamatan.
Pertemuan berkenaan sebelum ini dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, di sini.
Menurut sumber, Ismail bersama barisan Exco diberikan taklimat supaya tidak meneruskan pertemuan berkenaan susulan arahan pihak berkuasa berkaitan aspek ketenteraman awam dan keselamatan.
Sumber berkata, arahan itu dibuat bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terkawal.
Dalam perkembangan berkaitan, satu perjumpaan membabitkan barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diadakan di sebuah hotel di sini.
Tidak lama kemudian, beberapa Exco dan ADUN dilihat mula meninggalkan hotel berkenaan selepas selesai menghadiri perjumpaan itu.
Antara yang kelihatan ialah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan merangkap ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris serta Exco Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital merangkap ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin.
Turut kelihatan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad serta ADUN Paroi merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.
Berita berkaitan
September 23, 2026, 12:57 pm
‘Dah nak keluar rumah, sempat tambah perabot baharu’ – Fadhli sindir Loke
September 23, 2026, 11:33 am
Dibayar hingga RM1,800 pandu van angkut PATI pergi balik kerja, enam warga asing dicekup Imigresen
September 23, 2026, 11:02 am
Fadhlina Sidek titip pesanan, gesa guru baharu beri masa sesuaikan diri di kawasan penempatan pedalaman
September 23, 2026, 10:56 am
Gangguan sistem brek tren di Stesen Jalan Ipoh punca perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya tergendala
September 23, 2026, 10:40 am
FIFA sahkan Brad Tapp layak wakili Harimau Malaya, ibu berasal dari Pulau Pinang
September 23, 2026, 10:39 am
Perkhidmatan awam digesa laksana pendekatan merentasi agensi bagi tangani isu kesihatan mental
September 23, 2026, 10:31 am
Ganjaran RM1.18 juta diberikan kepada 652 penjawat awam kerana laporkan rasuah
September 23, 2026, 10:17 am
