Berita Viral
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER - Taktik pihak tertentu mengelak daripada dihidu pihak berkuasa kini semakin licik dan kreatif apabila perniagaan secara haram mula dijalankan di sebalik pintu besi yang bertutup rapat.
Menerusi satu perkongsian video tular di media sosial, perniagaan tersebut dipercayai beroperasi secara rahsia yang mana premis dalam keadaan bertutup dan urus niaga hanya dilakukan melalui lubang kecil pada pintu besi.
Berdasarkan rakaman itu, beberapa individu pelanggan yang dipercayai warga asing dilihat menghampiri pintu besi berkenaan sebelum menyerahkan wang tunai melalui lubang pintu.
Tidak lama kemudian, barangan jualan seperti barangan runcit dan minuman plastik diserahkan keluar dari lubang yang sama oleh peniaga yang berada di dalam premis.
Modus operandi perniagaan pintu bertutup ini dipercayai digunakan bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), memandangkan premis kelihatan seperti tidak beroperasi atau dijadikan stor simpanan dari pandangan luar.
Kaedah perniagaan 'misteri' ini mencetuskan keresahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan yang mahukan tindakan tegas diambil. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
Penunggang motosikal berang sebab pemandu tak nak 'tap' TnG untuk beri laluan
September 23, 2026, 9:02 am
Tular penjaga zoo Jepun 'baling' makanan, netizen sebak lihat nasib Dara, Amoi
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 8:08 pm
