Berita Viral
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER - Satu rakaman video mendedahkan taktik licik sindiket penipuan atau 'scammer' dalam membungkus semula peranti telefon pintar dipercayai palsu kini tular di media sosial.
Taktik itu digunakan bagi memperdaya pembeli supaya menyangka barangan yang dibeli adalah produk baharu dari kilang.
Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit 45 saat itu, individu terlibat dilihat memasang pelekat penutup (seal) khas pada kotak pembungkusan dan melekatkan label maklumat peranti pada bahagian belakang kotak.
Proses pembungkusan tersebut dibuat secara teliti menggunakan peralatan peribadi dan pelekat khas bagi memastikan kemasan kotak kelihatan seolah-olah belum pernah dibuka.
Bukan itu sahaja, ruang kerja mereka turut ditimbuni puluhan kotak pembungkusan peranti yang menimbun, membuktikan aktiviti pembungkusan semula itu dilakukan secara berperingkat dalam skala yang besar.
Taktik itu sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjual peranti tiruan, terpakai atau rosak pada harga pasaran peranti baharu.
Pendedahan itu membongkar hakikat bahawa pelekat penutup kotak (seal) bukan lagi jaminan mutlak bahawa sesuatu telefon pintar itu adalah produk asli dan baharu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 5:44 pm
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
Penunggang motosikal berang sebab pemandu tak nak 'tap' TnG untuk beri laluan
September 23, 2026, 9:02 am
Tular penjaga zoo Jepun 'baling' makanan, netizen sebak lihat nasib Dara, Amoi
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 8:08 pm
