Berita Berita
Kes tikam pelajar Bandar Utama: Remaja mengaku suka mangsa sebelum serangan berlaku - Hakim
KUALA LUMPUR 23 Sept – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang menikam rakannya sehingga maut di sebuah sekolah di Bandar Utama tahun lalu dilaporkan mengaku menyukai mangsa beberapa saat sebelum serangan berlaku di dalam tandas perempuan.
Perkara itu diperincikan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Adlin Abdul Majid menerusi alasan penghakiman kes berkenaan.
Menurut alasan penghakiman itu, tertuduh melihat mangsa berusia 16 tahun menuju ke tandas perempuan di tingkat bawah sebelum mengikutinya sehingga ke dalam tandas berkenaan.
Remaja itu kemudian mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum membawanya masuk ke kubikel kedua tandas perempuan terbabit.
"Sebaik berada di dalam kubikel, remaja itu mengunci pintu lalu bertanya kepada mangsa adakah dia (nama mangsa) dan memberitahu bahawa dirinya menyukai mangsa.
"Mangsa cuba melawan dan mahu keluar dari kubikel, namun remaja itu menolaknya semula ke dalam dan mula menikamnya.
"Laporan bedah siasat bertarikh 22 Disember 2025 yang disediakan oleh pakar perubatan Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Koo Zhao Peng merekodkan jumlah luka tikaman dan hiris yang sangat banyak iaitu di antara 180 hingga 200 luka secara keseluruhan pada pelbagai bahagian tubuh mangsa," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di dalam kubikel kedua akibat pelbagai luka tikaman pada bahagian leher dan dada.
"Kecederaan yang menyebabkan kematian mangsa ditikam oleh remaja terbabit menggunakan sebilah pisau berukuran kira-kira 30 sentimeter (cm) yang terukir perkataan 'Leatherneck SF' pada matanya," menurut alasan penghakiman itu.
Pada 14 September lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan remaja berkenaan daripada pertuduhan membunuh selepas mendapati dia tidak siuman ketika kejadian pada 14 Oktober tahun lalu.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan remaja itu ditahan dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak atas perkenan Sultan Selangor.
Peguam bela tertuduh, Kitson Foong sebelum ini berkata, mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan syarat mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pembelaan atas alasan tidak waras, termasuk aspek ketidakwarasan dari sudut perubatan dan undang-undang.
Berita berkaitan
September 23, 2026, 2:49 pm
Ibu bapa bimbang anak ‘terlalu tahu’, PEERS bantu mereka faham batas - Fadhlina
September 23, 2026, 2:38 pm
Mahkamah Rayuan tolak permohonan penangguhan Rosmah bayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas
September 23, 2026, 2:29 pm
Bekas guru KAFA didenda RM2,000, tendang muka murid darjah lima hingga cedera
September 23, 2026, 2:19 pm
Peniaga taufufa tekad sumbang RM10,000 bantu denda Najib, balas jasa 14 tahun lalu
September 23, 2026, 2:09 pm
Mufti Pulau Pinang ingatkan umat Islam tidak selindungi perbuatan spiritualiti New Age guna selawat, zikir
September 23, 2026, 2:05 pm
Lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat di Kluang, disyaki bersekedudukan hingga lahirkan anak
September 23, 2026, 1:51 pm
Warga asing ditawar melancong ke Malaysia siap upah RM6,000, rupanya dijadikan ‘keldai dadah’
September 23, 2026, 1:17 pm
