Berita Berita
Bekas guru KAFA didenda RM2,000, tendang muka murid darjah lima hingga cedera
KUALA KRAI, 23 Sept. – Seorang bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dijatuhi hukuman denda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menendang muka seorang murid lelaki darjah lima sehingga mendatangkan kecederaan.
Majistret Rais Imran Hamid menetapkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Abdullah Mustakim, 33, berserta perintah hukuman penjara selama empat bulan sekiranya dia gagal melunaskan denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan cara menendang bahagian muka murid berkenaan menggunakan kaki kanan di dalam bilik darjah sebuah sekolah kira-kira jam 2.30 petang pada 23 Oktober 2024.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali bagi mana-mana individu yang disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding rayuan, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi memohon hukuman diringankan atas alasan tertuduh kini hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan bulanan RM1,000 serta perlu menanggung isteri dan tiga anak kecil.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai iktibar kepada tertuduh memandangkan insiden keganasan fizikal itu dilakukan ke atas seorang kanak-kanak.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya di sebuah pasar malam, di mana tendangan tepat pada muka itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 2:49 pm
Ibu bapa bimbang anak ‘terlalu tahu’, PEERS bantu mereka faham batas - Fadhlina
September 23, 2026, 2:38 pm
Mahkamah Rayuan tolak permohonan penangguhan Rosmah bayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas
September 23, 2026, 2:28 pm
Kes tikam pelajar Bandar Utama: Remaja mengaku suka mangsa sebelum serangan berlaku - Hakim
September 23, 2026, 2:19 pm
Peniaga taufufa tekad sumbang RM10,000 bantu denda Najib, balas jasa 14 tahun lalu
September 23, 2026, 2:09 pm
Mufti Pulau Pinang ingatkan umat Islam tidak selindungi perbuatan spiritualiti New Age guna selawat, zikir
September 23, 2026, 2:05 pm
Lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat di Kluang, disyaki bersekedudukan hingga lahirkan anak
September 23, 2026, 1:51 pm
Warga asing ditawar melancong ke Malaysia siap upah RM6,000, rupanya dijadikan ‘keldai dadah’
September 23, 2026, 1:17 pm
