TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MBSA sita struktur kuil tanpa kebenaran berhampiran Pangsapuri Okid

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 23 Sept – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan menyita sebuah kawasan yang menempatkan struktur dipercayai sebuah kuil berhampiran Pangsapuri OKID di sini, hari ini.

Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan susulan aduan diterima Ahli Majlis, Sarimah daripada komuniti Pangsapuri OKID berhubung kewujudan struktur berkenaan.

Susulan aduan tersebut, anggota penguat kuasa MBSA hadir ke lokasi pada pagi Khamis bagi menjalankan pemeriksaan sebelum tindakan penyitaan dilakukan.

Difahamkan, penyitaan dibuat sementara pihak berkuasa menjalankan semakan lanjut bagi menentukan status binaan, kelulusan serta status tanah di kawasan berkenaan.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai status sebenar struktur yang dipercayai kuil itu termasuk sama ada ia mempunyai kelulusan atau kebenaran berkaitan.

Maklumat lanjut berhubung status struktur dan tanah berkenaan dijangka diperoleh selepas semakan serta pengesahan rasmi daripada MBSA.

+ - reset