Berita Viral
'Aku sebiji buah pear di pasar raya', fesyen pelik lelaki diperli netizen
KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER – Tindakan berani mati seorang lelaki bersiar-siar di sebuah pasar raya dengan hanya memakai baju jaring lutsinar yang menyerupai pembalut buah-buahan telah diperli orang ramai.
Menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang tular, lelaki itu tanpa rasa segan silu berjalan di celah-celah pengunjung lain dengan pakaian terdedah yang menampakkan hampir keseluruhan tubuh dasarnya, hanya berseluar pendek hitam dan menjinjing beg plastik kuning.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Mutiara Damansara itu pantas menarik perhatian netizen yang tidak melepaskan peluang melemparkan komen-komen sinis dan melucukan terhadap gaya fesyen luar biasa individu terbabit.
Seorang pengguna media sosial, naufalantezem, berseloroh menyamakan aksi lelaki itu seperti watak dalam soalan penulisan sekolah.
"Abang ni tengah menjiwai watak dalam latihan karangan sekolah 'Aku Sebiji Buah Pear di Pasaraya'," katanya.
Menambah kehangatan, pengguna imucopp pula secara selamba mempertanyakan asal usul pakaian jaring berkenaan.
"Sarung buah mana dia rembat," soalnya di ruang komen.
Tidak ketinggalan, pengguna bernama hakimizwan_ turut menyindir pakaian jaring itu seperti peralatan menangkap ikan di laut.
"Nak menjala ikan tak dapat, dapat arbok pun jadi lerrr," tulisnya.
Dalam pada itu, seorang saksi dengan akaun oxellonun mengesahkan pernah melihat lelaki tersebut di kawasan sekitar sebelum ini.
"Lelaki ni aku pernah nampak dekat area IPC Shopping Centre. Based on video, memang sah dia ni record video dekat Lotus Mutiara Damansara," jelaskannya.
Rata-rata orang ramai tetap meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan tidak bersopan itu serta menggesa pihak pengurusan premis lebih peka terhadap kelakuan pengunjung di tempat awam. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
September 23, 2026, 9:16 pm
Kena 'viral' baru selesai? Papan tanda sekolah bahayakan murid dibaiki tak sampai 24 jam
September 23, 2026, 7:56 pm
‘Siap boleh hisap rokok, guna telefon’, netizen persoal layanan 'sporting' polis pada warga asing
September 23, 2026, 12:50 pm
Tular video cara 'scammer' bungkus kota iPhone 18 untuk kaburi mata pembeli
September 23, 2026, 12:36 pm
'Dah tak buka kedai', warga asing kini berniaga di sebalik pintu besi
September 23, 2026, 11:54 am
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
September 23, 2026, 11:05 am
Penunggang motosikal berang sebab pemandu tak nak 'tap' TnG untuk beri laluan
September 23, 2026, 9:02 am
Tular penjaga zoo Jepun 'baling' makanan, netizen sebak lihat nasib Dara, Amoi
September 22, 2026, 8:38 pm
'Makin kurus, dijemur tengah panas', orang ramai tuntut NRES bawa balik gajah dari zoo Jepun
September 22, 2026, 8:08 pm
