Berita Viral
Kewujuduan sekolah warga Myanmar kini semakin meluas di Pudu?
KUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER – Isu pertambahan warganegara asing di ibu kota kembali menjadi bualan hangat selepas tular sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja warga Myanmar dipercayai pelajar menghadiri pusat pembelajaran di sekitar kawasan Pudu.
Menerusi perkongsian itu yang dimuat naik oleh 'malaysiapepol' di media sosial, paparan video menunjukkan berpuluh-puluh anak warga asing lengkap berpakaian seragam pelbagai warna berjalan di kaki lima serta melintas jalan di sekitar premis bangunan kedai lama di kawasan berkenaan.
Pengguna akaun berkenaan turut meluahkan kebimbangan dan persoalan mengenai kewujudan institusi pendidikan tidak rasmi atau pusat pembelajaran komuniti Myanmar yang didakwa bertapak di bangunan-bangunan lama kawasan tersebut.
Menurut pemilik hantaran itu, senario murid warga asing yang begitu ramai dilihat seolah-olah menggambarkan satu ekosistem pendidikan lengkap khas buat komuniti berkenaan di Malaysia.
Pemilik akaun itu turut membangkitkan persoalan sama ada kelompok ini bakal menjadi pelapis yang mengisi keperluan atau kedudukan di pelbagai sektor dan jabatan dalam negara pada masa hadapan.
Dalam hantaran sama, individu terbabit turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini pernah bertindak menyebarkan maklumat berkaitan kedai-kedai serta perniagaan tanpa izin milik warga Myanmar di sekitar Pudu sehingga menarik perhatian selebriti tempatan, Datuk Awie, untuk turun melihat sendiri situasi berkenaan.
Namun, akibat kelantangannya dalam membanteras isu terbabit, kenderaan peribadinya pernah dicalarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Meskipun menghadapi tindakan provokasi dan ancaman sedemikian, individu tersebut menegaskan beliau tidak gentar untuk terus memaparkan realiti kebiasaan baharu kewujudan komuniti warga asing dan anak-anak Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan bandar.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 7:24 pm
Berniaga makanan dalam tong sampah, taktik baharu warga asing elak dikesan pihak berkuasa
September 25, 2026, 4:28 pm
'Perniagaan pendatang tak pula diserbu', netizen persoal berbelas penguatkuasa hadir sita gerai kecil
September 25, 2026, 11:22 am
Pencuri kabel tak gerun buat kerja walau dirakam orang ramai
September 25, 2026, 10:42 am
Tular pelanggan bawa anjing dekat kedai mamak
September 25, 2026, 9:34 am
Warga Ampang terkejut lihat lelaki lengkap berjubah putih solat, bersilat di tengah jalan
September 24, 2026, 4:02 pm
'Kesian pula tengok', aktivis tendang jualan haram warga asing buat orang ramai berbelah bahagi
September 24, 2026, 2:36 pm
Wanita menjerit nampak 'rider' melambung di Butterworth
September 24, 2026, 11:08 am
Sudahlah larikan diri lepas langgar, kereta pula tiada 'roadtax'
September 23, 2026, 9:16 pm
