Berita Berita
Sikap merendah diri menuntut ilmu perlu dipertahankan - Anwar
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Setinggi mana pun kedudukan seseorang, sikap merendah diri dalam menuntut ilmu serta menghargai pandangan golongan ilmuwan perlu terus dipertahankan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tuan guru bukan sahaja mendalami kitab dan warisan ulama, malah memahami secara mendalam keresahan masyarakat serta cabaran semasa yang dihadapi umat.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya hari ini, Anwar menegaskan bahawa beliau sentiasa memilih untuk mendengarkan nasihat dan pesanan daripada para ulama terlebih dahulu.
“Saya memilih untuk mendengar terlebih dahulu pesan para tuan guru kerana setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu,” katanya.
Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa sejarah negara tidak dapat dipisahkan daripada peranan besar institusi pondok dan pesantren yang membina benteng iman, memelihara ilmu serta mendidik masyarakat sejak zaman penjajahan lagi. Justeru, martabat pendidikan pondok perlu terus diangkat bagi mendekatkan generasi muda dengan khazanah ilmu Islam.
Tambah beliau, biarpun dunia berkembang pesat, kemajuan hanya akan membawa kebaikan jika dipandu oleh iman, akhlak dan nilai tanggungjawab. Beliau turut mengingatkan bahawa ilmu sewajarnya membentuk peribadi yang lebih jujur, santun ketika berbeza pandangan serta peka terhadap kesusahan orang lain.
Berita berkaitan
September 26, 2026, 9:54 pm
Nak ‘hukum’ junior langgar peraturan asrama dipercayai motif kes pelajar 14 tahun maut di Kuala Pilah - Polis
September 26, 2026, 2:03 pm
Suami isteri ada 31 rekod jenayah ditahan curi suplemen di farmasi
September 26, 2026, 1:55 pm
Kelayakan BUDI Diesel kini boleh dipindah kepada pengguna sebenar kenderaan
September 26, 2026, 1:46 pm
Azan Subuh laungan terakhir bilal sebelum maut kemalangan tiga kenderaan
September 26, 2026, 1:38 pm
Jangan terburu-buru label derhaka atau biadab tanpa faham institusi - Ahmad Zahid
September 26, 2026, 1:23 pm
Isu penggantungan PN oleh RoS dijangka selesai dua minggu - Takiyuddin
September 26, 2026, 1:04 pm
Kes kematian pelajar asrama di Kuala Pilah, remaja 16 tahun ditahan
September 26, 2026, 12:54 pm
Audit segera sekolah di Kuala Pilah susulan kematian murid Tingkatan Dua - Fadhlina
September 26, 2026, 9:04 am
