TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suami isteri ada 31 rekod jenayah ditahan curi suplemen di farmasi

By
|
Kongsi
image

PORT DICKSON, 26 Sept. – Pasangan suami isteri yang  mempunyai keseluruhan 31 rekod jenayah lampau ditahan polis berhubung kes kecurian produk suplemen bernilai RM883 di sebuah farmasi di Batu 6, Telok Kemang, di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd. Adnan berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun yang mempunyai 17 rekod kesalahan serta isterinya, 26 tahun (14 rekod kesalahan) telah ditahan di sebuah resort sekitar daerah berkenaan.

Kejadian kecurian itu dikesan pada 23 September lalu oleh penyelia farmasi terbabit selepas mendapati barangan jenis Thomson Ginkgo (RM515) dan Pristin Omega 3 Fish Oil (RM368) hilang dari rak jualan meskipun masih tersenarai dalam sistem inventori.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi, 17 September lalu.

"Seorang wanita dilihat mengambil kedua-dua barangan berkenaan sebelum berkumpul bersama suaminya dan seorang lagi rakan di luar premis lalu beredar,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

+ - reset