Berita Berita
Azan Subuh laungan terakhir bilal sebelum maut kemalangan tiga kenderaan
SUNGAI PETANI, 26 Sept. – Laungan azan Subuh di Surau Darul Hannan, Taman Rasa Sayang, Bedong pada pagi Sabtu menjadi laungan terakhir seorang bilal sebelum dia meninggal dunia dalam satu kemalangan beberapa jam kemudian.
Mangsa, Malik, 79, yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Bedong di sini.
Menurut perkongsian ahli kariah di media sosial, Allahyarham merupakan sosok yang sangat dikenali penduduk setempat kerana dedikasinya yang berterusan melaungkan azan di surau berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian tragis tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut kini sedang dijalankan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berita pemergian Allahyarham mencetuskan rasa duka dalam kalangan kariah dan orang ramai yang menyifatkan pemergiannya pada hari Sabtu sebagai husnul khatimah.
Rata-rata orang awam turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Berita berkaitan
September 26, 2026, 9:54 pm
Nak ‘hukum’ junior langgar peraturan asrama dipercayai motif kes pelajar 14 tahun maut di Kuala Pilah - Polis
September 26, 2026, 2:03 pm
Suami isteri ada 31 rekod jenayah ditahan curi suplemen di farmasi
September 26, 2026, 1:55 pm
Kelayakan BUDI Diesel kini boleh dipindah kepada pengguna sebenar kenderaan
September 26, 2026, 1:38 pm
Jangan terburu-buru label derhaka atau biadab tanpa faham institusi - Ahmad Zahid
September 26, 2026, 1:23 pm
Isu penggantungan PN oleh RoS dijangka selesai dua minggu - Takiyuddin
September 26, 2026, 1:13 pm
Sikap merendah diri menuntut ilmu perlu dipertahankan - Anwar
September 26, 2026, 1:04 pm
Kes kematian pelajar asrama di Kuala Pilah, remaja 16 tahun ditahan
September 26, 2026, 12:54 pm
Audit segera sekolah di Kuala Pilah susulan kematian murid Tingkatan Dua - Fadhlina
September 26, 2026, 9:04 am
