Berita Berita
Isu penggantungan PN oleh RoS dijangka selesai dua minggu - Takiyuddin
KOTA BHARU, 26 Sept. – Perikatan Nasional (PN) yakin isu berhubung penggantungan semua aktiviti gabungan parti politik berkenaan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu diberikan tempoh 30 hari sehingga 22 Oktober depan untuk mengemukakan penjelasan kepada RoS berhubung aduan yang difailkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut beliau, pimpinan PN kini giat merangka jawapan dan telah menulis surat rasmi kepada Ketua Pengarah RoS melalui peguam bagi memohon sesi pertemuan secara bersemuka.
“Semalam kita sudah hantar surat kepada beliau. Jadi, kita harap sebagai agensi yang mengawal selia pertubuhan, apabila suatu pertubuhan dikenakan tindakan, berilah ruang untuk kita berjumpa. Kita mahu minta penjelasan dan kita mahu beri penjelasan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengulas mengenai implikasi tindakan RoS terhadap hubungan gabungan itu, Takiyuddin enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada jawapan Bersatu sendiri sambil mengingatkan bahawa parti berkenaan masih berada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah pimpinan PAS.
Terdahulu, RoS mengesahkan notis bertarikh 22 September di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 telah dikeluarkan kepada PN bagi mendapatkan penjelasan lanjut, dan bukannya satu keputusan pembatalan pendaftaran parti.
Berita berkaitan
September 26, 2026, 9:54 pm
Nak ‘hukum’ junior langgar peraturan asrama dipercayai motif kes pelajar 14 tahun maut di Kuala Pilah - Polis
September 26, 2026, 2:03 pm
Suami isteri ada 31 rekod jenayah ditahan curi suplemen di farmasi
September 26, 2026, 1:55 pm
Kelayakan BUDI Diesel kini boleh dipindah kepada pengguna sebenar kenderaan
September 26, 2026, 1:46 pm
Azan Subuh laungan terakhir bilal sebelum maut kemalangan tiga kenderaan
September 26, 2026, 1:38 pm
Jangan terburu-buru label derhaka atau biadab tanpa faham institusi - Ahmad Zahid
September 26, 2026, 1:13 pm
Sikap merendah diri menuntut ilmu perlu dipertahankan - Anwar
September 26, 2026, 1:04 pm
Kes kematian pelajar asrama di Kuala Pilah, remaja 16 tahun ditahan
September 26, 2026, 12:54 pm
Audit segera sekolah di Kuala Pilah susulan kematian murid Tingkatan Dua - Fadhlina
September 26, 2026, 9:04 am
