TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Nak ‘hukum’ junior langgar peraturan asrama dipercayai motif kes pelajar 14 tahun maut di Kuala Pilah - Polis

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 26 Sept – Tindakan mahu menghukum pelajar junior yang didakwa melanggar peraturan asrama dipercayai menjadi motif di sebalik kejadian membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Kuala Pilah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti berdasarkan siasatan awal polis berhubung kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tindakan berkenaan dipercayai bukan bertujuan menyebabkan kematian mangsa.

“Bagaimanapun punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut polis, setakat ini keterangan 21 individu sudah direkodkan bagi membantu siasatan.

Mereka terdiri daripada pelajar, guru sekolah serta ibu bapa mangsa.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Muhammad Idlan Fareeq ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Remaja berusia 14 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia.

+ - reset