TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jangan terburu-buru label derhaka atau biadab tanpa faham institusi - Ahmad Zahid

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 26 Sept. – Semua pihak diingatkan agar tidak terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan serta tanggungjawab setiap institusi yang terlibat dalam sesuatu pertikaian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Perlembagaan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan adat perlu dijadikan asas utama dalam menilai isu yang berbangkit.

Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada polemik krisis adat dan pentadbiran di Negeri Sembilan yang menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai biadab dan tidak bertamadun.

“Kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi perlu diperhalusi sebelum sesuatu pertikaian dinilai, janganlah label derhaka dan biadab. Tugas kepimpinan utama ialah menjernihkan kekusutan dengan ilmu dan kebijaksanaan sambil memelihara martabat institusi, bukannya bercakap di atas kereta api,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Musyawarah Nasional: Membongkar Polemik Tanah Melayu 3.0 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Zahid turut menegaskan bahawa UMNO sentiasa menjunjung institusi diraja dan perlembagaan, termasuk kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, serta mengingatkan bahawa perbezaan politik tidak sepatutnya menghakis adab terhadap institusi beraja.

+ - reset