Berita Berita
Ustazah didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan amang seksual pelajar lelaki
IPOH, 28 Sept. – Seorang guru agama wanita bergelar ustazah di sebuah sekolah menengah kebangsaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun kira-kira dua tahun lalu.
Tertuduh, Haslina Abu Bakar yang berusia 48 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Ainul Sharin Mohamad.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, wanita berkenaan didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa menerusi perbuatan mencium mulut pada November 2024 serta memeluk remaja terbabit sebulan kemudian.
Bagi pertuduhan ketiga, ibu kepada enam anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan membuatkan mangsa meraba bahagian dadanya bagi maksud seksual pada bulan dan tahun yang sama.
Kesemua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan oleh tertuduh di dalam bilik Pendidikan Islam sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kinta pada jam lebih kurang 3.30 petang.
Siasatan mendakwa kesemua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan keseriusan kesalahan yang tidak boleh dijamin serta kedudukan tertuduh sebagai guru kepada mangsa pada waktu kejadian.
Walau bagaimanapun, peguam bela Amira Sofea An-Nur Ahmad memohon jaminan minimum memandangkan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga yang menyara enam anak selain mempunyai masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi dan migrain.
Pihak pembelaan turut memaklumkan bahawa tertuduh yang kini telah bertukar ke sekolah lain mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta tiada sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta penyerahan dokumen berkaitan.
Berita berkaitan
September 28, 2026, 6:21 pm
Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera dirempuh bas Rapid KL di Persiaran Subang Permai
September 28, 2026, 6:12 pm
Polis cari pemandu Myvi merah pandu lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru
September 28, 2026, 6:00 pm
Pelajar wanita berdepan detik cemas, rumah sewa terbakar ketika hendak memasak
September 28, 2026, 5:12 pm
Terlupa cabut pengecas ‘sex toy’, tilam pula terbakar di Melaka
September 28, 2026, 4:17 pm
Tak sedar hamil, pelajar lahir bayi dalam tandas sebelum simpan dalam loker asrama di Dungun
September 28, 2026, 3:10 pm
Lelaki warga asing diburu polis selepas rempuh warung bubur di Taman Sentosa
September 28, 2026, 3:00 pm
Jenazah Tun Siti Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara petang ini
September 28, 2026, 2:57 pm
