Berita Berita
Jenazah Tun Siti Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara petang ini
PUTRAJAYA 28 Sept – Jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada petang Isnin.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, istiadat pengebumian akan disempurnakan selepas selesai urusan pengurusan jenazah, penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.
Menurut kenyataan itu, jenazah dijadualkan dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada jam 4.30 petang menuju ke lokasi pengebumian.
Allahyarhamah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Beliau berusia 100 tahun.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Dr Siti Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini dan membina kerjaya panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta khidmat kemasyarakatan.
Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura sebelum menamatkan pengajian pada 1955.
Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk Kedah dengan sebahagian besar khidmatnya tertumpu kepada bidang kesihatan awam serta penjagaan ibu dan kanak-kanak.
Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga dengan Dr Mahathir pada 1956.
Pasangan itu dikurniakan empat anak kandung iaitu Datin Paduka Marina, Tan Sri Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, selain tiga anak angkat, Melinda, Mazhar dan Maizura.
Allahyarhamah baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 12 Julai lalu.
Berita berkaitan
September 28, 2026, 6:21 pm
Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera dirempuh bas Rapid KL di Persiaran Subang Permai
September 28, 2026, 6:12 pm
Polis cari pemandu Myvi merah pandu lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru
September 28, 2026, 6:00 pm
Pelajar wanita berdepan detik cemas, rumah sewa terbakar ketika hendak memasak
September 28, 2026, 5:12 pm
Terlupa cabut pengecas ‘sex toy’, tilam pula terbakar di Melaka
September 28, 2026, 4:17 pm
Tak sedar hamil, pelajar lahir bayi dalam tandas sebelum simpan dalam loker asrama di Dungun
September 28, 2026, 3:10 pm
Lelaki warga asing diburu polis selepas rempuh warung bubur di Taman Sentosa
September 28, 2026, 2:57 pm
Razif Sidek sifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah kehilangan besar buat arena badminton negara
September 28, 2026, 2:47 pm
