Berita Berita
Pelajar wanita berdepan detik cemas, rumah sewa terbakar ketika hendak memasak
ALOR GAJAH, 28 Sept. – Sebuah rumah sewa jenis teres dua tingkat yang didiami beberapa pelajar wanita di Bukit Tambun Perdana di sini berdepan detik cemas selepas bahagian dapurnya terbakar akibat sambaran gas hari ini.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli mengesahkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 1.44 petang.
Susulan laporan terbabit, seramai sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah telah bergegas dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran sedang berlaku dan memusnahkan sebahagian bahagian dapur rumah kediaman jenis kekal berkenaan.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengawal kebakaran menggunakan satu aliran satu pancutan sepanjang 100 kaki bagi menyekat kemerebakan api ke bahagian lain.
Operasi pemadaman berkenaan berjaya mengawal kemerebakan api pada jam 2.28 petang sebelum keseluruhan operasi ditamatkan secara rasmi pada jam 2.55 petang.
Zulkhairani turut memaklumkan bahawa BBP Alor Gajah turut menerima bantuan sokongan logistik dan keanggotaan daripada BBP Ayer Keroh sepanjang operasi berkenaan berlangsung.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan seorang penghuni berumur 23 tahun yang cuba menyalakan dapur gas untuk menyiapkan hidangan makanan.
Pelajar terbabit dikatakan telah memutar tombol dapur gas di sebelah kiri, namun beredar keluar meninggalkan kediaman untuk membeli tong gas baharu selepas mendapati tiada nyalaan api terhasil.
Minyak atau baki gas dipercayai terus terkumpul di sekitar kawasan dapur berikutan tombol terbabit ditinggalkan dalam keadaan terbuka tanpa disedari penghuni berkenaan.
Sekembalinya dari kedai, pelajar itu terus memasang regulator pada tong gas baharu lalu memutar tombol dapur di sebelah kanan untuk membuat nyalaan.
Tindakan berkenaan mencetuskan sambaran api yang kuat secara tiba-tiba akibat kehadiran baki gas yang terkumpul sebelum merebak dan membakar barangan mudah terbakar di sekitarnya.
Penghuni yang panik melihat percikan dan sambaran api berkenaan segera menyelamatkan diri ke luar rumah sebelum menghubungi talian kecemasan bomba bagi meminta bantuan lanjut.
Berita berkaitan
September 28, 2026, 6:21 pm
Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera dirempuh bas Rapid KL di Persiaran Subang Permai
September 28, 2026, 6:12 pm
Polis cari pemandu Myvi merah pandu lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru
September 28, 2026, 5:12 pm
Terlupa cabut pengecas ‘sex toy’, tilam pula terbakar di Melaka
September 28, 2026, 4:17 pm
Tak sedar hamil, pelajar lahir bayi dalam tandas sebelum simpan dalam loker asrama di Dungun
September 28, 2026, 3:10 pm
Lelaki warga asing diburu polis selepas rempuh warung bubur di Taman Sentosa
September 28, 2026, 3:00 pm
Jenazah Tun Siti Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara petang ini
September 28, 2026, 2:57 pm
Razif Sidek sifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah kehilangan besar buat arena badminton negara
September 28, 2026, 2:47 pm
