Berita Berita
Tak sedar hamil, pelajar lahir bayi dalam tandas sebelum simpan dalam loker asrama di Dungun
DUNGUN 28 Sept – Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipercayai menyimpan bayi lelaki yang baru dilahirkannya di dalam loker asrama sebelum meminta bantuan teman lelakinya untuk mengebumikan bayi berkenaan secara senyap.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi pendidikan di daerah ini pada 9 September lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas asrama perempuan kira-kira jam 5 petang.
Menurutnya, pelajar itu mendakwa tidak mengetahui dirinya mengandung sebelum melahirkan bayi berkenaan.
“Siasatan awal mendapati pelajar itu melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas asrama perempuan institusi pendidikan berkenaan kira-kira jam 5 petang pada hari kejadian tanpa mengetahui dirinya mengandung,” katanya.
Selepas melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu dipercayai menyimpannya di dalam loker miliknya tanpa pengetahuan rakan sebilik.
Pelajar berkenaan kemudian dipercayai menghubungi teman lelakinya untuk mendapatkan bantuan mengambil dan mengebumikan bayi itu secara senyap.
“Pelajar itu kemudian menghubungi pihak masjid berdekatan untuk mendapatkan bantuan bagi urusan pengebumian bayinya, namun pihak masjid memaklumkan perkara itu kepada pengurusan institusi pendidikan berkenaan,” katanya.
Susulan itu, seorang mekanik berusia 24 tahun yang dipercayai teman lelaki pelajar berkenaan ditahan di Jalan Pantai Teluk Lipat kira-kira jam 3 petang Ahad.
Lelaki dari Kampung Duyong Kecil, Kuala Terengganu itu direman selama empat hari sehingga Khamis selepas permohonan polis dibenarkan Majistret Ng Yan Ni di Mahkamah Majistret Dungun.
Pelajar perempuan terbabit pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun kira-kira jam 6 petang hari sama sebelum dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan kes.
Berita berkaitan
September 28, 2026, 6:21 pm
Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera dirempuh bas Rapid KL di Persiaran Subang Permai
September 28, 2026, 6:12 pm
Polis cari pemandu Myvi merah pandu lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru
September 28, 2026, 6:00 pm
Pelajar wanita berdepan detik cemas, rumah sewa terbakar ketika hendak memasak
September 28, 2026, 5:12 pm
Terlupa cabut pengecas ‘sex toy’, tilam pula terbakar di Melaka
September 28, 2026, 3:10 pm
Lelaki warga asing diburu polis selepas rempuh warung bubur di Taman Sentosa
September 28, 2026, 3:00 pm
Jenazah Tun Siti Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara petang ini
September 28, 2026, 2:57 pm
Razif Sidek sifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah kehilangan besar buat arena badminton negara
September 28, 2026, 2:47 pm
