Berita Viral
Penunggang motosikal nyaris digilis selepas dirempuh lori di bulatan Eco Majestic
SEMENYIH 30 SEPTEMBER – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila hampir digilis sebuah lori dalam satu kemalangan jalan raya di persimpangan bulatan berhampiran Eco Majestic, di sini.
Kejadian itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.
Berdasarkan rakaman berdurasi 30 saat itu, insiden dipercayai berlaku ketika lori berkenaan sedang melalui kawasan bulatan sebelum merempuh penunggang motosikal terbabit.
Impak perlanggaran itu menyebabkan penunggang berkenaan terbabas, manakala kenderaannya hampir terseret ke bawah bahagian lori.
Rakaman berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna akaun media sosial dikenali sebagai Izzqstna yang berada tepat di belakang lori berkenaan.
"Jadi depan mata tadi. Kemalangan dekat bulatan Eco Majestic. Minta maaf bro, saya tak berhenti tepi untuk tolong sebab nak membuang, memang tak tahan. Tetapi ini ada rakaman dashcam kalau perlukan. Harap semuanya baik-baik saja," katanya menerusi hantaran berkenaan.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya mendoakan agar penunggang motosikal berkenaan tidak mengalami kecederaan parah.
Dalam pada itu, netizen turut berseloroh memahami situasi pemilik dashcam yang tidak dapat berhenti kerana berdepan situasi "panggilan alam" yang tidak dapat ditahan.
Sehingga kini, keadaan terkini penunggang motosikal berkenaan masih belum dapat dipastikan dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 11:07 am
Pemandu pandu terhuyung-hayang jadi punca kemalangan pengguna jalan raya lain
October 22, 2026, 9:45 am
Ahli Parlimen Sabak Bernam cakap Bahasa Jawa untuk kirim pesanan pada Prabowo tentang isu jerebu
October 21, 2026, 1:49 pm
Suami isteri tular didakwa kasari anak dalam lif
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 4:53 pm
Pemandu lori jadi saksi mat rempit jatuh tersungkur lepas seronok berlumba
October 19, 2026, 10:18 am
Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
