Berita Viral
Bil air naik mendadak, warga asing selamba sambung paip untuk curi air
KUALA LUMPUR 30 SEPTEMBER – Rahsia di sebalik lonjakan bil air secara mendadak serta tekanan air yang makin perlahan di sebuah kediaman di sini akhirnya terbongkar selepas pemilik rumah mendapati wujud sambungan paip haram yang dilakukan secara 'senyap-senyap' oleh seorang lelaki dipercayai warga asing.
Tindakan licik suspek terbongkar selepas abang kepada pengadu membuat pemeriksaan di kawasan sekitar meter air sebelum menemui sambungan paip yang mencurigakan disambung terus daripada bekalan air milik keluarga berkenaan.
Menerusi maklumat yang dikongsikan pengadu menerusi platform Threads, lelaki warga asing itu merupakan penyewa bilik di premis bersebelahan yang disyaki menggunakan bekalan air tersebut tanpa mengeluarkan sebarang bayaran bil kepada keluarganya.
Menerusi rakaman video tular di media sosial, abang pengadu dilihat bersemuka dengan warga asing berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai penyambungan paip haram itu.
Bagaimanapun, suspek dilihat cuba memberikan pelbagai alasan dan menyalahkan pihak lain berhubung tindakan yang dilakukannya.
"Ingat percuma ke? Kalau kita buat laporan polis atau syarikat air, kamu yang bakal berdepan tindakan," tegas individu dalam rakaman tersebut sewaktu menegur suspek.
Bimbang akan implikasi kewangan dan keselamatan premis, bapa pengadu dilaporkan telah membuat laporan rasmi kepada syarikat bekalan air tempatan untuk tindakan susulan dan siasatan lanjut mengikut perundangan yang berkuat kuasa.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 11:07 am
Pemandu pandu terhuyung-hayang jadi punca kemalangan pengguna jalan raya lain
October 22, 2026, 9:45 am
Ahli Parlimen Sabak Bernam cakap Bahasa Jawa untuk kirim pesanan pada Prabowo tentang isu jerebu
October 21, 2026, 1:49 pm
Suami isteri tular didakwa kasari anak dalam lif
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 4:53 pm
Pemandu lori jadi saksi mat rempit jatuh tersungkur lepas seronok berlumba
October 19, 2026, 10:18 am
Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
