Berita Berita
‘Keselamatan anak-anak tidak boleh dikompromi’ – Fadhlina arah henti serta-merta program babit penceramah bebas tular
KUALA LUMPUR 1 Oktober - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program membabitkan seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan beberapa dakwaan tular di media sosial dihentikan serta-merta.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, arahan itu dibuat bagi memberi ruang kepada siasatan penuh berhubung dakwaan membabitkan penceramah berkenaan yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.
Menurutnya, dakwaan yang dibangkitkan perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan aspek keselamatan dan perlindungan murid.
"Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial melibatkan seorang penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.
"Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid. Saya telah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Fadhlina turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
"Laporan kepada pihak berkuasa sangat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya.
"Buat masa sekarang saya telah mengarahkan semua program melibatkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta merta bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan," katanya.
Beliau menegaskan aspek keselamatan murid perlu sentiasa diberikan keutamaan dan tidak boleh dikompromi.
"Keselamatan murid mesti dipandang serius dan diteliti. Keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita tidak boleh dikompromi," katanya.
Berita berkaitan
October 1, 2026, 8:12 pm
Bayi dalam kandungan maut, ibu maut motosikal dirempuh kenderaan pacuan empat roda
October 1, 2026, 8:08 pm
PM hargai peranan Pakistan usahakan rundingan damai AS-Iran
October 1, 2026, 6:37 pm
JIPS gempur Taman Keramat, lapan anggota polis antara sembilan ditahan terlibat aktiviti air ketum
October 1, 2026, 6:06 pm
Isu New Age Movement: Marhamah sedia letak jawatan jika terbukti menyesatkan orang
October 1, 2026, 5:42 pm
Langgar pelajar di lintasan zebra depan sekolah, penghantar makanan mengaku tidak bersalah
October 1, 2026, 4:04 pm
'Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang' - Mohd Shuhaily
October 1, 2026, 12:52 pm
Bapa dipenjara 13 tahun kerana bunuh lelaki rogol anak berusia 12 tahun
October 1, 2026, 12:49 pm
