TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JIPS gempur Taman Keramat, lapan anggota polis antara sembilan ditahan terlibat aktiviti air ketum

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 Okt - Lapan anggota polis antara sembilan individu yang ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti berkaitan air ketum dalam satu serbuan khas di Taman Keramat, di sini, malam Isnin lalu. 

Menurut sumber, operasi itu dijalankan susulan maklumat risikan sebelum sepasukan pegawai Cawangan Risikan dan Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menyerbu lokasi berkenaan.

Serbuan dilakukan di Jalan AU 1, Taman Keramat kira-kira jam 8.45 malam.

"Dalam serbuan itu, pasukan operasi menahan lapan Pegawai Rendah Polis (PRP).

"Tujuh daripadanya bertugas di pelbagai cawangan sekitar IPD Sentul, manakala seorang lagi bertugas di IPD Brickfields. Turut ditahan bersama mereka di lokasi adalah seorang orang awam," kata sumber itu.

Kesemua suspek kemudian ditempatkan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang bagi tindakan lanjut.

Kertas siasatan dibuka dan permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan lapan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama seorang individu awam dalam operasi berkenaan.

"Ya, pihak JIPS Bukit Aman mengesahkan penahanan lapan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur berserta seorang individu awam dalam operasi di Taman Keramat," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, JIPS sedang memantau rapat perkembangan kes itu, manakala siasatan dilaksanakan oleh IPD Ampang Jaya secara telus.

+ - reset