Berita Berita
PM hargai peranan Pakistan usahakan rundingan damai AS-Iran
KUALA LUMPUR, 1 Oct. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan aktif Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.
Beliau menyampaikan pendirian berkenaan sewaktu mengadakan perbualan menerusi panggilan telefon bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini.
Anwar menegaskan bahawa ruang dialog dan diplomasi perlu terus diperkukuh bagi meredakan ketegangan geopolitik serta membuka jalan kepada keamanan global yang berkekalan.
Beliau turut menzahirkan harapan agar kunjungan rasmi Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir ke Malaysia dapat direalisasikan setelah beberapa kali tertangguh sebelum ini.
Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau menyambut baik kehadiran Asim Munir pada bila-bila masa tanpa perlu terikat dengan protokol rasmi yang ketat.
Sesi perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin terbabit turut menyentuh usaha mengeratkan lagi hubungan ikatan diplomasi dan perkembangan isu-isu serantau.
Anwar menghargai ingatan tulus serta ucapan takziah daripada Shehbaz atas pemergian abang beliau, Almarhum Idrus Ibrahim baru-baru ini.
Shehbaz turut menitipkan ucapan takziah khusus kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Selain isu geopolitik dan takziah, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus memperkasakan kerjasama ekonomi membabitkan urusan eksport daging antara Malaysia dan Pakistan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 1, 2026, 8:12 pm
Bayi dalam kandungan maut, ibu maut motosikal dirempuh kenderaan pacuan empat roda
October 1, 2026, 6:37 pm
JIPS gempur Taman Keramat, lapan anggota polis antara sembilan ditahan terlibat aktiviti air ketum
October 1, 2026, 6:06 pm
Isu New Age Movement: Marhamah sedia letak jawatan jika terbukti menyesatkan orang
October 1, 2026, 5:42 pm
Langgar pelajar di lintasan zebra depan sekolah, penghantar makanan mengaku tidak bersalah
October 1, 2026, 4:04 pm
'Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang' - Mohd Shuhaily
October 1, 2026, 12:52 pm
Bapa dipenjara 13 tahun kerana bunuh lelaki rogol anak berusia 12 tahun
October 1, 2026, 12:49 pm
