Berita Berita
Sekolah 2027 bermula 4 Januari, KPM umum kalendar akademik baharu
PETALING JAYA 3 Okt – Sesi persekolahan bagi tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari depan bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Kalender Akademik Tahun 2027 memaklumkan, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan berlangsung sehingga 2 Disember 2027, manakala Kumpulan B sehingga 3 Disember 2027.
Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B pula merangkumi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dalam kalendar sama, KPM turut menyelaras tarikh cuti perayaan sepanjang sesi persekolahan 2027 membabitkan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.
“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
“Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B,” kata KPM menerusi kenyataan.
Menurut kementerian, penetapan tarikh sama bagi pembukaan sesi 2028 dibuat bagi menyeragamkan permulaan persekolahan di seluruh negara.
“Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 di seluruh negara.
“Selain itu, ia memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif,” tambah kenyataan sama.
Berita berkaitan
October 3, 2026, 3:11 pm
Imigresen tahan 37,313 PATI dalam sembilan bulan, 1,692 majikan rakyat Malaysia turut dicekup
October 3, 2026, 2:05 pm
Penceramah motivasi ditahan, direman kes dakwaan gangguan seksual kanak-kanak
October 3, 2026, 11:18 am
Dari RM2.4 juta ke RM33.7 juta setahun, Berjaya Hills pertahan hak dalam pertikaian cukai tanah Pahang
October 2, 2026, 6:32 pm
Pemuda PAS pertahan Mohd Shuhaily, mahu isu kebocoran sempadan diberi keutamaan
October 2, 2026, 6:19 pm
Chean Chung tak aktif aktiviti parti sejak lebih setahun lalu - Anwar
October 2, 2026, 5:39 pm
Mulai 5 Oktober, semua perkhidmatan JPJ menerusi MYEG digantung
October 2, 2026, 5:29 pm
Pecutan ‘Pocket Rocketman’ di selekoh terakhir, Azizulhasni hadiah emas kelapan negara
October 2, 2026, 5:14 pm
