TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penceramah motivasi ditahan, direman kes dakwaan gangguan seksual kanak-kanak

By
|
Kongsi
image

KANGAR 3 Okt – Seorang penceramah motivasi bebas berusia 34 tahun ditahan polis di Sungai Petani, Kedah malam tadi susulan dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Lelaki berkenaan kemudiannya direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kangar, Mohd Amiruldin Roslan, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 11 malam sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar bagi permohonan reman.

Dia tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis dan memakai baju-T berwarna hitam.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan penceramah motivasi berkenaan pada 26 September lalu.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim mengesahkan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Polis turut menggesa individu lain yang mungkin menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

+ - reset