Berita Berita
'Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan, tapi tak boleh rotan sesuka hati' – Fadhlina
KUALA LUMPUR 5 Okt – Hukuman rotan terhadap pelajar lelaki di sekolah sebenarnya tidak pernah dimansuhkan dan masih dibenarkan bagi kesalahan tertentu, tegas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.
Bagaimanapun, beliau berkata, hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya kerana tertakluk kepada tatacara serta kuasa yang sudah ditetapkan.
Menurut Fadhlina, hanya guru besar, pengetua atau guru yang diberikan kuasa secara khusus dibenarkan melaksanakan hukuman berkenaan.
"Hukuman tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar, pengetua atau guru yang diberikan kuasa secara nyata oleh guru besar atau pengetua.
"Ia tertakluk kepada tata cara tertentu. Hukuman tidak boleh dilakukan sesuka hati, tidak boleh dilakukan kerana marah dan tidak boleh sehingga mendatangkan kecederaan.
"Setiap hukuman perlu punya asas jelas dan direkodkan mengikut ketetapan yang berkuat kuasa," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperincikan tatacara berkaitan dari semasa ke semasa bagi memastikan sekolah, ibu bapa dan masyarakat memahami dengan jelas pelaksanaan hukuman tersebut.
Menurutnya, aspek disiplin dan keselamatan sekolah turut diberikan perhatian menerusi 11 langkah tambahan bagi meningkatkan keselamatan institusi pendidikan yang dilaksanakan secara berperingkat sejak Oktober 2025.
Antara langkah berkenaan termasuk memperjelaskan kuasa pengetua, guru besar dan jawatankuasa disiplin dalam menangani kes disiplin, selain membolehkan kuasa tertentu diturunkan kepada guru.
"Semua guru adalah guru disiplin dan semua tindakan disiplin adalah mengikut peraturan dan tatacara yang ditetapkan.
"Sistem Sahsiah Diri Murid telah ditambah baik kepada Sistem Salah Laku Disiplin Murid untuk memberikan fokus kepada pencegahan salah laku disiplin," ujarnya.
Fadhlina menegaskan langkah memperkukuh keselamatan dan disiplin sekolah perlu memberikan kesan secara langsung kepada warga pendidikan dan bukan sekadar berada di atas kertas.
"Kita tidak mahu reformasi keselamatan berhenti pada mesyuarat, minit atau dokumen. Perubahannya mesti dirasakan oleh murid, guru dan ibu bapa," ujarnya.
Berita berkaitan
October 5, 2026, 8:11 pm
'Yang tak bayar syarikat, yang diminta letak jawatan menteri' - Anthony Loke
October 5, 2026, 5:42 pm
Janji manis nak kahwin, lebih 1,000 wanita Kelantan jadi mangsa warga asing daftar kenderaan - JPJ
October 5, 2026, 5:20 pm
Komitmen di AKPS, Shuhaily terpaksa tolak pelantikan FAM
October 5, 2026, 4:56 pm
Tiada maaf lagi, ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman penjara mulai 1 November - JPJ
October 5, 2026, 4:04 pm
Isu Rohingya kini ‘bom jangka’, boleh bertukar ‘bom nuklear’ - Syed Saddiq
October 5, 2026, 2:57 pm
Bedah siasat sahkan Irene Sofiya maut akibat trauma tumpul di kepala
October 5, 2026, 2:30 pm
Bot bawa 65 migran Bangladesh secara haram ke Malaysia hanyut tengah laut
October 5, 2026, 1:09 pm
