Berita Berita
Janji manis nak kahwin, lebih 1,000 wanita Kelantan jadi mangsa warga asing daftar kenderaan - JPJ
KOTA BHARU 5 Okt – Janji untuk berkahwin dan tawaran peluang perniagaan menjadi antara taktik warga asing bagi memperdaya lebih 1,000 ibu tunggal, balu serta wanita warga emas di Kelantan supaya mendaftarkan kenderaan atas nama mereka.
Taktik baharu yang dikesan sejak 2025 itu menyaksikan warga asing menetapkan syarat supaya kereta atau motosikal didaftarkan menggunakan nama wanita tempatan sebelum kenderaan berkenaan digunakan mereka.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, golongan wanita lebih berusia antara yang menjadi sasaran dalam kegiatan berkenaan.
"Ini taktik baharu yang boleh saya sahkan sudah dikesan, iaitu warga asing menggunakan wanita warga emas, ibu tunggal, balu dan golongan lebih berusia dengan menjanjikan untuk berkahwin atau menawarkan peluang perniagaan.
"Bagaimanapun, mereka menetapkan syarat kenderaan seperti kereta atau motosikal perlu didaftarkan atas nama individu terbabit sebelum digunakan di jalan raya," katanya.
Menurut Muhammad Kifli, lebih 1,000 kes seumpama itu dikesan di Kelantan sejak 2025 dengan jumlahnya disifatkan tinggi berbanding negeri lain.
Beliau berkata, keadaan itu membimbangkan kerana golongan rentan dimanipulasi, manakala kenderaan yang didaftarkan atas nama mereka kemudiannya digunakan warga asing di jalan raya.
Situasi itu boleh menyebabkan pemilik berdaftar berdepan risiko tindakan undang-undang sekiranya kenderaan terbabit digunakan dalam kegiatan jenayah atau terlibat kemalangan.
Muhammad Kifli turut menasihatkan wanita, khususnya mereka yang berusia antara 60 hingga 70 tahun, supaya berhati-hati sekiranya didekati warga asing berusia lingkungan 30-an yang menawarkan janji perkahwinan.
"Jangan biarkan diri dimanipulasi dengan janji manis. Jika kenderaan kemudiannya digunakan untuk kegiatan jenayah, nama anda boleh terpalit dan perkara ini boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri," katanya.
Dalam pada itu, JPJ turut mengesan warga asing termasuk pelarian Rohingya menggunakan nama rakyat tempatan bagi membeli dan mendaftarkan motosikal serta kenderaan lain.
Muhammad Kifli berkata, JPJ bersedia memohon tindakan mahkamah lebih tegas terhadap warga asing yang berulang kali melakukan kesalahan sedemikian, termasuk hukuman penjara.
Berita berkaitan
October 5, 2026, 8:11 pm
'Yang tak bayar syarikat, yang diminta letak jawatan menteri' - Anthony Loke
October 5, 2026, 5:20 pm
Komitmen di AKPS, Shuhaily terpaksa tolak pelantikan FAM
October 5, 2026, 4:56 pm
Tiada maaf lagi, ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman penjara mulai 1 November - JPJ
October 5, 2026, 4:04 pm
Isu Rohingya kini ‘bom jangka’, boleh bertukar ‘bom nuklear’ - Syed Saddiq
October 5, 2026, 2:57 pm
Bedah siasat sahkan Irene Sofiya maut akibat trauma tumpul di kepala
October 5, 2026, 2:30 pm
Bot bawa 65 migran Bangladesh secara haram ke Malaysia hanyut tengah laut
October 5, 2026, 1:09 pm
CCTV wajib di ‘blind spot’, pelajar tak boleh dibiarkan tanpa pengawasan – Armada
October 5, 2026, 12:57 pm
