Berita Berita
Bot bawa 65 migran Bangladesh secara haram ke Malaysia hanyut tengah laut
DHAKA 5 Okt – Seramai 65 migran yang dipercayai cuba dibawa secara haram ke Malaysia melalui laluan laut berjaya diselamatkan Tentera Laut Bangladesh selepas bot dinaiki mereka ditemukan hanyut berhampiran Saint Martin.
Dalam operasi malam Rabu itu, 11 lagi individu yang dipercayai anggota sindiket pemerdagangan manusia turut ditahan.
Menurut kenyataan Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), operasi dilakukan ketika rondaan rutin selepas kapal BNS Khalid Bin Walid mengesan sebuah bot kayu hanyut kira-kira 81 batu nautika dari Rumah Api Saint Martin.
Ketika dihampiri, individu di dalam bot nelayan berkenaan memaklumkan kepada anggota tentera laut bahawa enjin mereka mengalami kerosakan.
Kesemua 76 individu kemudian diselamatkan, manakala anggota tentera laut turut mengeluarkan air yang memasuki bot bagi mengelakkannya karam.
Mereka turut diberikan rawatan awal, makanan dan bantuan kemanusiaan.
Hasil soal siasat awal mendapati 11 daripada individu terbabit dipercayai anggota sindiket pemerdagangan manusia, manakala 65 lagi dikenal pasti sebagai mangsa yang dijanjikan perjalanan ke Malaysia.
Lebih membimbangkan, kebanyakan mangsa didakwa diculik dan ditahan di kawasan terpencil di Teknaf, Cox’s Bazar sebelum dibawa keluar melalui laluan laut.
Kesemua suspek bersama bot yang dirampas kemudian diserahkan kepada Balai Polis Teknaf untuk tindakan lanjut.
Tentera Laut Bangladesh memaklumkan rondaan dan operasi maritim akan diteruskan bagi membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, penyeludupan serta aktiviti haram di perairan negara itu.
Berita berkaitan
October 5, 2026, 8:11 pm
'Yang tak bayar syarikat, yang diminta letak jawatan menteri' - Anthony Loke
October 5, 2026, 5:42 pm
Janji manis nak kahwin, lebih 1,000 wanita Kelantan jadi mangsa warga asing daftar kenderaan - JPJ
October 5, 2026, 5:20 pm
Komitmen di AKPS, Shuhaily terpaksa tolak pelantikan FAM
October 5, 2026, 4:56 pm
Tiada maaf lagi, ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman penjara mulai 1 November - JPJ
October 5, 2026, 4:04 pm
Isu Rohingya kini ‘bom jangka’, boleh bertukar ‘bom nuklear’ - Syed Saddiq
October 5, 2026, 2:57 pm
Bedah siasat sahkan Irene Sofiya maut akibat trauma tumpul di kepala
October 5, 2026, 1:09 pm
CCTV wajib di ‘blind spot’, pelajar tak boleh dibiarkan tanpa pengawasan – Armada
October 5, 2026, 12:57 pm
