Berita Viral
Lelaki curi hamster depan anak isteri kembali pulang cara 'biadap'
KUALA LUMPUR 5 OKTOBER - Seorang lelaki didakwa sanggup mencuri di hadapan anak dan isteri sebelum perbuatannya itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini.
Pendedahan itu dikongsikan oleh Muhammad Nur Aiman di media sosial sambil memohon agar lelaki itu memulangkan semula hamster yang dipercayai telah dicurinya.
"Hai bang (abang). Tolong datang kedai kami semula bang untuk pulang hamster yang abang 'pinjam' itu. Sebab cara abang pinjam itu tak bagus. Depan anak, isteri. Malu lah bang, harga tak mahal mana pun," katanya.
Selepas hantaran itu tular, berkongsi bahawa lelaki itu sudah memulangkan semula hamster tersebut selepas dihubungi suspek.
Namun cara pemulangan haiwan itu dilakukan secara kasar atau biadap yang memaksa pengguna media sosial tersebut mahu membuat laporan polis terhadap individu terlibat.
"Assalamualaikum, berkaitan 'latest post' isu hamster diambil, saya dimaklumkan olah pekerja saya dia telah pulang hamster tersebut dengan cara sangat 'biadap', saya sertakan video. Laporan polis akan menyusul kemudian," ujarnya lagi.
Manakala dalam ruangan komen, rata-rata orang ramai menyelar tindakan lelaki itu yang tidak mahu memulangkan hamster tersebut dengan cara baik meskipun telah melakukan kesalahan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 5, 2026, 1:19 pm
Individu pakai 'helmet' dipercayai tabur air kumbahan dalam masjid di Tumpat
October 5, 2026, 10:17 am
'Korang siapa', wanita raih pujian ramai lepas bertegas tak bagi 'muka' dekat ulat tiket di Maluri
October 2, 2026, 5:37 pm
Wanita loya dakwa temui lipas dalam perut sotong nasi kandar
October 2, 2026, 2:06 pm
Penguatkuasa dipercayai 'terima' sesuatu dari orang awam, netizen persoal etika kerja
October 2, 2026, 11:02 am
Minyak, gula bersubsidi dijual meluas di sempadan Thailand raih perhatian ramai
October 1, 2026, 7:27 pm
Main masuk 'smart lane', penunggang motosikal melambung lepas divider dirempuh Vellfire
October 1, 2026, 6:06 pm
'Rider' maut dipercayai dilenyek lori lepas elak laluan khas motosikal di Plaza Tol Puchong Selatan
October 1, 2026, 1:45 pm
