Berita Viral
Lelaki Rohingya datang Malaysia kosong, dakwa berurusan dengan Imigresen buat pasport Bangladesh
KUALA LUMPUR 7 OKTOBER - Seorang penggiat Youtuber, Isa Isarb telah mendedahkan kehidupan warga etnik Rohingya di kem perlarian Cox's Bazar di Bangladesh baru-baru ini.
Menerusi satu dokumentari panjang, Isa telah menemubual beberapa individu warga etnik Rohingya yang menetap di Cox's Bazar selama bertahun-tahun.
Dalam dokumentari itu, Isa telah menjumpai seorang lelaki Rohingya yang mahir bercakap Bahasa Melayu selepas menetap di Malaysia selama tiga tahun.
Menurut lelaki Rohingya itu, dia mendakwa duduk di Malaysia selama tiga tahun tanpa sebarang kad pengenalan termasuk kad UNHCR.
"Saya duduk Malaysia kosonglah, tak ada pasport, tak ada apa-apa."
Lelaki itu turut mendakwa pihak Imigresen mendapat bayaran daripada ibu bapa dia untuk membuat pasport Bangladesh di Malaysia.
"Ayah dan mak saya ada dekat sini (Bangladesh), itu IC Bangladesh, Dia punya orang hantar (duit) ke Malaysia, saya buat pasport dekat sana (Malaysia)."
Dengan pasport Bangladesh, lelaki itu boleh masuk keluar Malaysia tanpa sebarang tangkapan daripada pihak berkuasa. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 7, 2026, 11:03 am
Peniaga dakwa kena 'rodok' pisau dengan warga Myanmar lepas tak puas hati di Pasar Selayang
October 6, 2026, 4:35 pm
'Malang tak berbau', motosikal digilis lori simen lepas jatuh langgar kereta di Puchong
October 6, 2026, 2:16 pm
Nyaris jadi mangsa kemalangan lepas Bezza lawan arus di Jalan Istana
October 5, 2026, 3:21 pm
Lelaki curi hamster depan anak isteri kembali pulang cara 'biadap'
October 5, 2026, 1:19 pm
Individu pakai 'helmet' dipercayai tabur air kumbahan dalam masjid di Tumpat
October 5, 2026, 10:17 am
'Korang siapa', wanita raih pujian ramai lepas bertegas tak bagi 'muka' dekat ulat tiket di Maluri
October 2, 2026, 5:37 pm
Wanita loya dakwa temui lipas dalam perut sotong nasi kandar
October 2, 2026, 2:06 pm
Penguatkuasa dipercayai 'terima' sesuatu dari orang awam, netizen persoal etika kerja
October 2, 2026, 11:02 am
