TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Peruntukan bantuan OKU ditingkatkan kepada RM1.5 bilion, manfaatkan 300,000 individu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Kerajaan meningkatkan peruntukan keseluruhan bagi bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada RM1.5 bilion demi memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu berkeperluan khas di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa peruntukan itu merangkumi peningkatkan bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik terlantaran kepada RM600 sebulan.

"Ini termasuk elaun murid berkeperluan pendidikan khas yang diberikan sebanyak RM200 sebulan," kata beliau semasa membentangkan inisiatif berkenaan.

Insentif pengajaran bagi murid berkeperluan khas turut ditingkatkan kepada RM300 sebulan yang bakal memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 20,000 guru pendidikan khas. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset