Berita Berita
Kerajaan noktahkan isu doktor kontrak, naikkan insentif paramedik dan jururawat
KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa isu doktor kontrak yang berbangkit selama bertahun-tahun akhirnya berjaya dimuktamadkan secara menyeluruh oleh kerajaan.
"Sejak tahun 2023, kita telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak termasuk 4,000 orang doktor pada tahun ini," kata beliau.
Beliau memaklumkan bahawa bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak bakal ditawarkan pelantikan ke jawatan tetap demi menjamin masa depan pengamal perubatan negara.
Pelaksanaan dasar baharu ini membolehkan setiap doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah ditawarkan terus ke jawatan tetap Pegawai Perubatan.
Bagi menghargai perkhidmatan 47,000 anggota paramedik serta jururawat di lapangan, kadar Bayaran Insentif Khusus Fizikal ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
Kerajaan turut bersetuju menaikkan Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara kepada RM100 berikutan tragedi nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan.
Langkah penambahbaikan sektor kesihatan ini juga merangkumi strategi mengurangkan tempoh menunggu pesakit di hospital awam, terutamanya di kawasan bandar seluruh negara.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:25 pm
Peruntukan kuarters penjawat awam ditingkatkan RM2.3 bilion
October 9, 2026, 5:20 pm
‘RM500 juta amat mengecewakan’ - BELIA MAHIR gesa pembiayaan PTPK dinaikkan kepada RM1 bilion
October 9, 2026, 5:18 pm
Kerajaan tingkat kebajikan 70,000 guru KAFA dan petugas hal ehwal Islam menerusi insentif khas
October 9, 2026, 5:06 pm
Pemberian Khas Sabah, Sarawak naik tiga kali ganda kepada RM1.5 bilion
October 9, 2026, 4:53 pm
