TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan RM200 seorang, wajib diambil di sekolah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi setiap murid ditingkatkan kepada RM200 bagi meringankan beban persiapan persekolahan anak-anak.

Peningkatan kadar bantuan berkenaan membolehkan sebuah keluarga yang mempunyai empat orang anak bersekolah menerima jumlah peruntukan sehingga RM800 secara keseluruhan.

"Inisiatif ini bakal memberi faedah kepada 5.3 juta murid di seluruh negara dengan jumlah peruntukan keseluruhan mencecah RM1 bilion," kata beliau semasa membentangkan inisiatif berkenaan.

Beliau memohon supaya saluran bantuan kewangan berkenaan disalurkan secara terus dan wajib diambil sendiri oleh ibu bapa di sekolah masing-masing.

Langkah pengedaran bantuan di peringkat sekolah itu bertujuan mengatasi isu kemerosotan kerjasama ibu bapa dalam memantau mutu pendidikan, persekitaran, pembentukan sahsiah, serta hubungan baik dengan warga sekolah.

+ - reset