TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Peminjam PTPTN berpendapatan bawah RM2,500 diberi penangguhan bayaran mulai 2027

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM2,500 mulai tahun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa peminjam hanya dikehendaki membuat bayaran balik sebanyak RM50 sebulan sekiranya pendapatan mereka telah melepasi ambang RM2,500 berkenaan.

"Langkah penangguhan serta kadar bayaran balik minimum ini bakal memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 400,000 peminjam PTPTN di seluruh negara," kata beliau.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa ketetapan baharu ini tidak akan membebankan peminjam kerana kewajipan bayaran balik hanya timbul apabila mereka sudah mencapai tahap kemampuan kewangan yang stabil.

Bagi peminjam yang tidak mempunyai sebarang tunggakan serta membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur, kerajaan bersetuju memberikan insentif diskaun sebanyak 10 peratus.

Kerajaan turut menyediakan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pekerja mereka untuk tempoh berkuat kuasa dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

+ - reset